Sunday, 19 November 2017

Nasi Goreng cili Kering

Assalamualaikum...

Selamat pagi semuanya... Hari ni korang breakfast apa ye.... Kali ni i nak ajar buat nasi goreng yang paling sedap abad ini hahahahaha

Nasi goreng ni kalau diikutkan dulu-dulu mak kita memang selalu masak macam ni... Memang sedap tau.. Rugi kalau hampa xbesa try... Pas ni hampa blh try dah na lepas cheq up resepi.



Nasi Goreng Cili Kering
by Che Eda
daridapuraida.blogspot.com

3 mangkuk nasi putih
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm belacan
1/2 genggam ikan bilis -rendam
1/2 genggam cili kering - rendam dalam air panas
2 biji telur
Sayur yang korang suka.. Aida letak kobis.. Tak nak letak pon xpe

-Tumbuk cili kering, ikan bilis, bawang merah, bawang putih dan belacan hingga hancur. Tak payah la lumat sangat k
-Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga masak
-Kemudian pecahkan telur ke dalam kuali, biarkan seketika.. Bila dah agak keras baru kacau rata.
-Masukkan sayur yang korang sediakan, kemudian masukkan nasi dan gaul rata.. Perasakan dengan garam tapi jangan bnyk k sebab ikan bilis dan belacan dah ada masin dia sendiri.

Bawah ni step by step penyediaan nasi goreng cili kering.













Selamat mencuba


Tuesday, 19 September 2017

Terung Tumis Kicap Pedas


Assalamualaikum....

Siapa sini suka makan pedas.. dan siapa kat sini tak suka makan terung hahahaha... hang dua orang ni lau kena apa yang i cakap ni u should try this menu... Kompom u akan suka terung pedas ni.. sebab sangat sedap tau uolls.. Rugi tau lau tak cuba.


Dulu i kalau terung buat pajeri, bakar xpon gulai je.. Tapi skrang dah ada satu menu baru tuk terung.. hehehehe.. Sedap baq hanggg... Memang xnyesal try menu nih... Ok cheq tak mo cakap banyak la.. Kita tengok resepi na

Terung Tumis Kicap Pedas
by Che Eda
daridapuraida.blogspot.com

Terung - potong 4 dan hiris
3 ulas bawang merah - tumbuk
8 biji cili padi - tumbuk
kicap pekat manis secukupnya

- Goreng dahulu terung hingga lembut
-bekas minyak gorengan tadi, tumis bahan tumbuk hingga layu dan naik bau
-Kemudian masukkan kicap gaul rata dan masukkan terung yang dah digoreng tadi.
-Bila semua dah sebati dah boleh angkat...


Ini bahan2 yang diperlukan.. 



goreng dulu terung

terung yang dah digoreng


tumis bahan tumbuk

masukkan kicap



masukkan terung


dah siap



selamat mencuba ye uolls.... 



Monday, 18 September 2017

Lawa Ikan Tamban

Assalamualaikum.....

Ada yang dari kelantan tak kat sini...  Resepi ni asalknya dari Kelantan.. Yang ni kawan saya ajar.. Cuma tak pasti la kalau aa version lain...


Normal la tu kan lau ada versi lain sebab even satu negeri tapi lain orang yang buat so lain caranya. So tak leh kita nak decide kita pnya betul ke orang pnya salah ke sebab memasak ni xde rules...


So hari ni bagi orang luar kelantan, boleh try masakan ni.. Blh dikatakan macam kerabu lah juga. Kalau di sabah dorang panggil umai. sebab ikan ni dimasak hanya dengan limau ja.


Hampa jangan risau, insyallah asid dalam limau tu sangat membantu tuk masak isi ikan ni. Tak rasa langsung mentah. Hanyir jauh sekali la kan nak rasa sebab limau tu dah hilangkan bau ikan.. seriusly memang sedap...


LAWA IKAN TAMBAN
by Che Eda
daridapuraida.blogspot.com

Ikan Tamban
Kacang Panjang-hiris nipis
Daun kesum - hiris
Bawang merah
Limau nipis
Cili Padi

Cara-cara
-asingkan isi ikan dari tulang. Kemudian dadukan isi ikan tersebut
-Perahkan air limau nipis ke atas isi2 ikan tersebut dan gaul rata hinggala warna isi ikan berubah menjadi putih. Bermakna isi ikan kita dah masak.
-Tumbuk cili padi bersama bawang merah hingga lumat. Campurkan bersama isi ikan tadi.
-Kemudian campurkan kacang panjang dan juga daun kesum. Perasakan dengan garam dan juga gula..

Siap.

Di bawah ni ada step by step penyediaan lawa ikan tamban.


Bahan yang diperlukan


Ini ikan tamban


Asingkan isi dan tulang


dadukan isi


Perahkan air limau nipis.


Rupa isi ikan yang dah masak dengan limau


tumbuk cili dan bawang merah. Nak pedas extrakan cili


Dah siap tumbuk



campur sekali





Campur dua bahan ni pula


siap








Thursday, 8 June 2017

Cendawan Goreng Tepung


Assalamualaikum...

Salam siaran smua hehehe... Dah macam DJ radio plak kalau cakap cam tu kan hehehe... Uolls, nak tahu tak.. Fon i rosak tau huhuhu.. I stress sebab xleh nak snap gambaq, xleh nak share resepi kat korang tuk bulan puasa kali ni. Hakak stress sangat. huhuhu

Hopefully dapat la beli handset baru before raya nih. Kalau tak hakak lagi stress huhuhu... Penting tu nak tangkap gambar kan. Gambar penting dalam hidup i sebab i suk atangkap gambar.. sebulan pon blh penuh memory fon hehehe.. Tapi selfie jarang la suka snap anak n gambar makanan.

Uolls doakan hakak ada bajet na nak beli fon baru.. Kalau x xde la resepi bersiaran nanti.. Gambar lawa tu penting xleh la nak grab haset cokia ja nanti gambar makanan xlawa xfeel hehehe



Ok stop cerita pasal handset i kita cerita resepi plak na. Resepi ni sangat simple tapi menjadi fav family.. Kadang xsempat makan nasi dok ratah ni saja sambil goreng.. Tambah panas2 perghh lagi la heaven kan.. krup krap krup krap hahahaha.. Jom skodeng

CENDAWAN GORENG TEPUNG
by Che Eda
daridapuraida.blogspot.com

1 paket cendawan tiram
1/2 paket tepung beras
1/4 sudu teh kapur makan
1/2 sudu teh garam
1 biji telur
air secukupnya

-Campurkan tepung, kapur, garam dan telur.. Gaul skit.
-Kemudian masukkan air secukupnya.. Batter jangan terlampau cair ye.. Agak2 pekat sikit sebab barula cantik cendawan ita tersalut nanti
- Celupkan cendawan dalam batter sampai semuanya tersalut then goreng dalam minyak penuh )deep fry). Dah kekuning-kuningan tu blh angkat dan ngap hahaha



Aida suka cicah cendawan tepung ni dengan sos thai.. Dah feel macam kat kedai tomyam siam kan.. Memang sedap baq hang.. Batter ni juga blh digunakan kalau nak goreng udang, ikan, sotong dan juga pisang, cempedak hehehe.. guna batter yang sama.

Ok uolls i chow dulu na... nanti kita up resepi lain plak.. Bagi i dpat dana tuk beli fon dlu na hahahaha... ok Gais... bye


Ayam Sambal Bali

Assalamualaikum...

Apa khabar.. Aida baru perasan resepi ni i xpost hahahaha... dok ada dlm draft lagi... Tapi xde pl pic yang lainnya.. Xpela nanti kalau ada aida just masukkan je dalam ni.. Dah bersarang dah resepi ni hahahaha... Cam na leh terlepas pandang adessss....

Ok cerita pasal sambal bali ni actually resepi ni start dari rakan fb i bernama Aisha Syukor. Signature dish family dia katanya.. And since i nampak dia post n sangat meliurkan i hahahaha so i pon try.... Kalau tgok pada bahan sama macam i buat daging masak hitam atau ayam masak hitam tu cuma bezanya dia letak serai yang bnyak so bangkit la bau masakan ni kan.


K jom kita try tengok

AYAM SAMBAL BALI
by Che Eda
daridapuraida.blogspot.com

Bahan
1 ekor ayam - garam dan kunyit kemudian goreng. Jangan garing k
 segenggam cili kering - rebus dan kisar
 6 biji bawang besar - kisar
 1 labu bawang putih - kisar
 1 inci halia - kisar
 1 inci belacan - kisar
8 batang serai  - titik
6 tangkai daun kari
kicap secukupnya
3 sudu besar gula
2 sudu kecil garam

- guna minyak lebihan goreng ayam tadi, masukkan serai dan tumis sehingga serai bertukar warna coklat.
-Kemudian masukkan daun kari tumis hingga garing
-Masukkan bahan kisar dan tumis hingga wangi dan pecah minyak
-Kemudian masukkan gula, garam dan kicap. Kicap masukkan sikit2 k hingga dapat warna yang cantik. Jangan banyak sangat nanti hitam terlajak.
-Kemudian masukkan ayam tadi. Gaul rata. Biar seketika kemudian blh tutup api

Sebenarnya ayam sambal bali ni kalau dibiarkan lebih lama lebih sedap. Sebabnya rasa2 bahan semua tu dah menyerap dlm isi2 ayam so lebih sedap dimakan. Lepas masak pon kalau blh biarkan seketika baru hidang dan makan baru kita rasa nikmat dia hehehe..

Selamat Mencuba


Wednesday, 7 June 2017

Bakso


Assalamualaikum...

Korang berbuka apa hari ni... Nak tak berbuka dengan bakso hehehe... Bakso ni aida suka dulu makan di sabah.. dia pnya sambal cili perghhh melekat hahahaha.. Memang terbaekk lah... 


Kali ni kan aida tak gunakan bihun tapi aida gunakan koey teow kecil tu... Saja nak buat kelainan dlm rasa kan.. Lagi pun anak i lebih sukakan koey teow dari bihun so ikut ajelah tekak dorang asalakn makan bnyk kan hahaha


Tapi kali ni aida just gunakan cili kicap je... Aida xbuat sambal lada mcm d sabah tu.. Actually tu sambal lada api je dengan cuka... Letak cili padi bebanyak biar bibir kembang bila makan hahahaha... ok jom kita tgok resepi bakso na.. sapa yang nak try silakan..


Bebola Daging
by Che Eda
daridapuraida.blogspot.com

400gm daging cincang
2 biji bawang merah - cincang
2 ulas bawang putih - cincang
1/2 biji telur - kocok
2 sudu teh tepung jagung atau tepung ubi
1 sudu teh lada sulah
garam secukup rasa

-Satukan semua bahan dan gaul rata. Kemudian bulat2kan dan ketepikan.


Ok dah siap cara-cara tuk hasilkan bebola daging sendiri. Kalau korang rajin buatlah ye tapi kalau rasa2 penyakit M menyerang blh la korang p beli yang ready made hahaha...


Kuah Bakso
by Che Eda 
daridapuraida.blogspot.com

1/2 kg tulang _ untuk menambah rasa. Tak nak pon xpe
500 gm daging
2 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - cincang
1/2 inci halia
2 sudu teh lada sulah
1 batang serai - ketuk
1 kiub pati daging
garam
1 bungkus sup bunjut tulang

- Rebuskan tulang hingga daging yang ada tu empuk. Kemudian masukkan daging
- Dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumis bawang, halia dan serai hingga naik bau. Kemudian tuangkan dalam air rebusan tadi.
-Masukkan sup bunjut, kiub daging dan perasakan dengan garam secukup rasa.
- Bila kuah dah mendidih masukkan bebola daging tadi. Bila bebola ni timbul bermakna dia dah masak.. so sup kita pon dah ready.


Sambal Kicap
by Che eda
daridapuraida.blogspot.com

segenggam cili padi
3 ulas bawang putih
sedikit cuka
kicap 

- blend semuanya. siap






Selamat mencuba uolls....