Wednesday 26 February 2014

Ayam Madu Sticky

Ayam Madu Sticky

Ayam ni banyak juga kan cara masakkan nya.. cuma antara suka ke tak rajin ke tak saja kan... Saya ni dengan anak-anak boleh dikatakan penggemar juga la makan ayam.. Better ayam lagi daripada ikan.. Ikan jarang sangat beli masak...

Jadi entri kali ni saya nak share satu resepi ayam yang simple je nak masak... Walaupun simple tapi hasilnya sangat sedap.. memang marvellous... Sedap hingga menjilat pinggan.


Na kalau anda tengok gambar ni pon mesti terliur kan... Hahahahahaha... Perasan sekejap... Ok jom kita skodeng resepi nya...

Ayam Madu Sticky...

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam
2 inci halia muda - parut
5 ulas bawang putih - ketuk
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil maggi seasoning @ sos ikan.. Letak dua2 pon boleh
1 sudu besar sos cili dan sos tomato
3-4 sudu madu
1/2 sudu kecil lada hitam
1/4 cawan air
garam jika perlu

Cara-cara

- Gaul semua bahan bersama kecuali air dan perap selama 20 min
- panaskan kuali non stick letakkan sedikit minyak.
- masukkan ayam tadi dan juga sedikit air.
- tutup periuk dan biar masak hingga air kering dan terbit minyak dan sticky seperti ayam bakar.. Sesekali balikkan ayam supaya tidak terlalu hangit.
- sebelum angkat pastikan ayam masak.. Jika belum tambahkan air dan masak lagi sehingga kering dan sticky.
- angkat dan buang lebihan minyak... Sedia dihidang...



Kadang-kadang saya buat tuk diratah je.. Ada juga buat untuk nasi ayam.. Boleh pelbagaikan menu ikut citarasa...


Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment