Sunday 23 February 2014

Ketam Bercili

Assalamualaikum.....

Uolls masak apa hari ni.. Hari ni ada ketam... Dah jemu rasanya buat masak lemak dan goreng.. Kali ni saya nk buat ketam bercili... Sedap juga tau.. Bagi uolls yang tak pernah cuba boleh la try resepi ni.. Memang superb lah....

 

Memang puas hati la kalau makan ketam bercili ni especially bg sapa2 yang harus ada makanan pedas.. hehehehe.. Tapi sapa yang xtahan pedas pon ok sebab guna cili kering je xde letak cili api pon kan..


Ok now kita get through resepi dia k

KETAM BERCILI

4 ekor ketam - disiang dan cuci bersih
3 sudu makan minyak masak
6 sudu makan sos cili
6 sudu makan sos tomato
1/2 cawan air
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos lada hitam
2 btg serai - dititik
1 pokok daun ketumbar - dirampai
Cili merah dihiris
garam dan gula secukup rasa.

Bahan Kisar
10 tangkai cili kering
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inc belacan

Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bahan kisar hingga wangi dan garing. 
Masukkan air, sos cili, sos tomato, sos tiram, dan sos lada hitam. Masak lagi hingga didih.
Masukkan ketam dan biar sehingga ketam masak dan kuah sedikit kering.
masukkan garam dan gula secukup rasa.
Bila kuah sudah agak pekat tutup api. taburkan daun ketumbar dan cili hiris.

Ok so sapa2 yang ada ketam pas ni leh try masak Ketam Bercili... Marvellous


No comments:

Post a Comment