Friday 21 February 2014

Sosej Roll

Assalamualaikum sahabat...

Ni antara makanan atau masakan kegemaran saya seisi keluarga.. Memang sedap.. Boleh variasi kan rasa mengikut selera masing..

Kadang2 kalau saya rasa xsempat nk buat sebelah pagi... maklumla working mom kan.. saya akan buat sebelah malam dan masukkan dalam peti ais.. Esoknya just keluarkan dan goreng je..

Setakat goreng xla mkn masa yang lama sangat pepagi tu daripada nk gelentel roti tu awal pagi kan hehehehehe... Mana dengan anak kecik lagi so yang mn boleh mengjimatkan masa memang saya suka sangat hehehehe...

Ok first kita get throuh dulu resepi dia...

Bahan-bahan..

Roti sandwich... - gelek bagi leper ok hehehe
sosej -  sebatang saya potong dua..
telur
serbuk roti..

Cara-cara...
1-  Mula2 leperkan roti supaya masa goreng xserap minyak dan potong sosej kepada dua..


2-  Kemudian letakkan sosej atas roti dan boleh la digulungkan


3- Lakukan sehingga kesemuanya habis


4- Apabila selesai semua.. boleh la dicelup ke dalam telur dan ratakan atas serbuk roti sehingga roti tadi semua nya bersalut dengan serbuk roti tadi



5- Boleh la digoreng roti ni.. Jangan gunakan api yang kuat sebab takut nanti hangus pl serbuk roti tu.. sosej xsempat masak luar dah hitam hehehehe... So gunakan api slow ye kawan2...



6 - Dah habis goreng toskan dan taraaaa siapppp.... Nyum Nyum





Sedapnya... Kalau balut sekali cheese kat dalam tu pun marvellous... MELETOPPPP...

SELAMAT MENCUBA YE...
XOXO

No comments:

Post a Comment