Wednesday 26 March 2014

Aiskrim homemade

Musim panas ni memang rasa nak benda-benda sejuk je kan masuk dalam tekak... Tapi sepatutnya tak leh la makan aiskrim sebab nanti jd panas badan pula.. berlawan kan sejuk dengan panas..


Tapi dek kerana kepanasan yang melampau sekarang ni belasah juga buat aiskrim... Sebenarnya kan ada banyak resepi aiskrim yang kita boleh buat.. Ok kat sini saya akan share kesemua resepi aiskrim yang ada dalam simpanan saya k


RESEPI PERTAMA

BAHAN-BAHAN

1 tin susu cair
1 tin susu pekat
2 tin air suam
4 sudu besar ovallette
perisa dan pewarna yang disukai

Cara-cara
- mix kesemua bahan selama 15 minit atau sehingga gebu. Kemudian warnakan dan perisakan ikut selera memasing..
- Simpan dalam peti sejuk sehingga aiskrim membeku..




RESEPI KEDUA

Bahan-bahan
1/2 tin susu pekat
1 tin susu cair
1 sudu makan ovallette
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
perasa dan pewarna

Cara-cara
- campur semua bahan kecuali pewarna dan perisa..
- pukul hingga gebu.. Mula-mula guna low speed then tukar high speed bila dah kembang sikit
- letak pewarna dan perisa kesukaan
- bekukan dalam peti sejuk





RESEPI KETIGA

Bahan-bahan
1 tin susu pekat manis
1 tin air masak
* 1 sudu besar ovallette
1 sudu besar tepung jagung
* 1 penutup esen vanilla

Cara-cara
- masak semua bahan kecuali * atas api, sebatikan dan sejukkan
- masukkan ovallette dan esen vanilla mis sehingga kembang 2 kali ganda
- masukkan perisa dan pewarna.. Sejukkan dalam peti ais..



RESEPI KEEMPAT

Bahan-bahan
2 cawan susu full cream
2 cawan coffee mate
2 sudu besar gula atau susu pekat (optional)

Cara-cara
- Mix kesemua bahan hingga kembang.. Bekukan..
- Keluarkan dan mix sekali lagi bekukan semula
-Sedia dihidang







Korang boleh pilih korang nak resepi mana.. Semua saya dah cuba dan semuanya terbaik.. Terpulang korang nak mana kan.. Dan lagi satu blender dgn mixer akan dapat tekstur yang berbeza.. So terpulang korang suka yang mana..Tips juga kalau nak aiskrim yang betul2 gebusss lepas beku tu keluarkan dan mix lagi sekali then bekukan balik atau korang boleh buat 2-3 kali hingga betul2 gebu.. hehehehe...

Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment