Monday 17 March 2014

Apam Pelangi


Apam... Banyak jenis apam sebenarnya kan.. Tapi resepi lebih kurang ja semuanya.. Cuma ada plus minus satu dua bahan je.. Apam plak kalau xgebuss xbrapa siok la kan..


Apam kali ni senang je tak banyak benda pon nak buat.. sebab tepung tu sendiri dah ada semua bahan cuma tambah je apa yang perlu... Tepung optima ni hanya boleh dapat kat kedai bakery je.. Tapi ada juga sesetengah bakery yang tak supply tepung ni



So sapa-sapa yang nak try buat apam pelangi ni boleh cuba cari tepung ni.. dalam tepung optima ni dia dah ada semua kandungan gula serbuka penaik semua. Jadi kalau nak guna tepung biasa tak tahu lah pula sukatan kalau guna tepung biasa kan




Berikut resepi untuk apam pelangi menggunakan tepung optima


Apam Pelangi

400gm tepung optima
4 biji telur gred A
125ml santan
1 sudu kecil esen vanila atau perisa pilihan anda
7 pewarna pilihan

cara2
1-pukul telur dan santan hingga kembang dan masukkan tepung pukul lagi
2-bahagikan kepada 7 bahagian dan warnakan
3-kukus dengan api perlahan selama 30-40min






Selain senang nak buat resepi ni memang terbaik lah...
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment