Sunday 16 March 2014

Hokaido Cup Cake

Saya slalu je singgah di kedai multibake.. Di sabah le.. di semenanjung xde kedai bakery ni hehehehe..
Kalau di sabah Multibake ni memang glamor la juga.. So saya slalu beli hokaido cupcake nye.. Memang sedap.. Tapi biasala agak mahal skit.. Dalam rm4 rasanya satu tu.. Lupa ingatan dah




So kebetulan saya dapat resepi mcm mana nk buat kek yang gebus ni.. Saya pon cargas la mencari bahan dan projek di dapur pun bermulalah



HOKAIDO CUP CAKE

4 biji kuning telur

30 gm gula caster

1 sudu kecil esen vanila

40 ml susu segar

40 ml minyak canola ~ minyak makan pun boleh

55 gm tepung cake

20 gm tepung kastard

1 sudu kecil baking powder

4 biji putih telur

1/4 sudu kecil garam

80 gm gula caster

Panaskan oven pada suhu 170 C

Sediakan 8 biji ramekins bersaiz besar

Atau boleh juga guna mangkuk kertas cup cake yang keras

Atau boleh juga gunakan cawan muffin

Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder. Kemudian di ayak 3 kali

Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk aje

Tambahkan vanila, susu dan minyak dan pukul rata.

Masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul rata

Dalam bekas lain ~ pastikan bekas berkeadaaan kering

Pukul putih telur dan garam hingga berbuih

Tambahkan 80 gm gula sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga 

adunan kental dan kaku (soft peaks)

Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung.

Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik

Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama

Tuangkan adunan dalam ramekins atau cawan kertas anggaran 80% penuh

Hentakkan sedikit bekas ramekins utk mengurangkan gelembung udara pada kek

Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit

Keluarkan dari oven bila kek masak

Hentakkan bekas remakins sekali lagi dan biarkan kek sejuk

Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling kedalamnya dengan menggunakan pipping bag.



CREAM CUSTARD

1 sudu besar tepung

1 sudu besar tepung jagung

4 sudu besar gula

200ml (1 cup) susu segar

1 biji telur (L size)

1 sudu besar mentega

1 sudu teh esen vanila

Masukkan tepung, tepung jagung dan gula ke dalam mangkuk.

Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2

Masukkan telur dan kacau lagi.

Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.

Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. 

Masak sehingga pekat.

Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.

Ulang sehingga pekat.

Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata. 


Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.

Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.





resepi no 2

BAHAN A

3 BIJI KUNING TELUR GRED A

80ML MINYAK MASAK 

80ML SUSU SEGAR

¼ SUDU TEH GARAM

100GM GULA KASTOR

SEDIKIT ESEN VANILA

120GM TEPUNG NAIK SENDIRI DIAYAK BERSAMA ¼ SUDU TEH BAKING POWDER 

BAHAN B

3 BIJI PUTIH TELUR GRED A

50GM GULA KASTOR

SECUBIT CREAM OF TAR TAR(KALAU TAKDE TAKPE)

CARA2NYA

1.SATUKAN BAHAN A DAN PUKUL DENGAN MIXER HINGGA SEMUANYA BERSATU DAN TIDAK

BERGENTEL2…KETEPIKAN

2.PUKUL PUTIH TELUR BERSAMA CREAM OF TAR TAR HINGGA SEPARUH KENTAL DAN 

MASUKKAN GULA SEDIKIT DEMI SEDIKIT SAMBIL TERUS MEMUKUL HINGGA ADUNAN MENJADI 

MERINGUE….BERTANDUK BILA TERBALIKKAN DIA TAK JATUH.

3.AMBIL SEDIKIT ADUNAN PUTIH TELUR TADI DAN GAUL KAUP BALIK KEDALAM ADUNAN A

 HINGGA RATA.

4.MASUKKAN SELEBIHNYA ADUNAN PUTIH TELUR KEDALAM ADUNAN A DAN GAUL KAUP BALIK 

LAGI HINGGA ADUNAN SEBATI. 

5.MASUKKAN ADUNAN KEDALAM PIPING BAG DAN PIPEKAN KEDALAM MANGKUK CUPCAKE 

LEBIH DARI ¾ PENUH. 

6.BAKAR PADA SUHU 160'C SELAMA 18 MINS ATAU LEBIH BERGANTUNG PADA OVEN MASING2.

7. SETELAH MASAK KLUARKAN DARI OVEN DAN SEJUKKAN ADUNAN INI.






Nyum nyum.. memang kek yang paling puas hati la bagi saya.. 

Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment