Sunday 6 April 2014

Cheesy Wedges


Assalamualaikum...

Lapar tak.. Hehehehehe... cerita pasal makanan je kan kita sekarang ni.. Tak pe perkongsian ilmu tak rugi pun kan.. Saya bg ilmu saya dapat lagi banyak ilmu... Insyaallah..

Tapi kali ni saya share resepi yang ramai orang suka.. Kalau kat kfc tu punya ramai orang beli.. Padahal tak berbaloi sangat pun harganya tu.. Agak mahal la kalau diikutkan.. Siap kena tambah lagi duit kalau nak lebih.



Kentang

Beberapa biji kentang us
Serbuk lada sulah
Tepung jagung
Serbuk cili (optional kalau nak pedas)
Garam



Cara-cara
- potong ubi kepada bentuk wedges.
- gaul bersama semua bahan kecuali tepung perap seketika
- celupkan ke dalam tepung ratakan dan goreng

Agak-agak kalau malas nk buat sendiri beli je yang instant.. Banyak dah sekarang jual kat pasaraya..



Sos Cheesy....

Bahan-bahan

·                     3 sudu tepung gandum
·                     Setengah buku butter
·                     2 kiub pati ayam
·                     Sedikit serbuk perasa
·                     Sedikit lada putih
·                     Sedikit lada hitam
·                     12 keping cheese
·                     500 ml susu penuh krim
·                     Pewarna kuning

Cara-cara

1. Cairkan butter dalam non-stick pan. Tapi kalau takde, boleh je guna pan biasa pun.

2. Lepas tu masukkan pulak susu dan tepung gandum. Gaul sampai tak berketul.

3. Lepas tu kacau sampai jadi halus

4. Masukkan cheese.

5. Pastu masukkan pulak serbuk perasa, lada hitam, lada putih dan pewarna kuning.

6. Lepas tu tutup api.

Dah siapppppp


No comments:

Post a Comment