Sunday 20 April 2014

CheeseKut

Assalamualaikum...

Siapa sini penggemar cheese.. Sila angkat tangan.. Mana ni tak nampak pon hehehehe... Ok rasanya xmo la sembang panjang lebar untuk entry hari ni.. Malas nak celoteh banyak.. Hehehehhe ok tak...


Ha nampak tak tu.... cheese ni tak buat berapa leleh sangat la.. tapi resepi yang sama.. cuma kalau nak leleh kena letak sedikit susu segar dalam 3 sudu.. baru la leleh hehehehe...

Jom kita tengok resepi nya ye.. Kali ni aida gunakan biskut cream crakers je.. Option lain korang boleh gunakan biskut marie ataupun biskut cheese.. Tapi biskut cheese mmg susah sikit la nak dapat.. Tapi hasilnya memang sedap giler la.. hehehehe


ha ni contoh salted cheese biscuits... gambar ehsan dr mr google..

Ok sekarang kita fokus pada resepi yang senang ni ek.. Aida buat gambar step by step.. Tapi ada satu bahagian lupa.. time celup biskut dalam susu.. maklumla tangan tengah basah malas nk pegang kamera.. Kang rosak kamera tu satu hal lagi.



Bahan-bahan
beberapa keping biskut cheese/marie/cream crackers
250 gm cream cheese (aida guna sama ada philaphedia / tatura)
1 tin susu pekat
sedikit perahan lemon (optional)
susu segar
serbuk milo/nestum atau apa2 saja yang korang nak letak



Mula - mula pukul cream cheese bersama susu pekat sehingga sebati. Bagi mengelakkan cheese berketul pukul cheese dahulu bila dah ok baru letak susu dan pukul lagi. letakkan sedikit perahan lemon jika mahu


Kemudian sediakan bekas... Celupkan biskut tadi ke dalam susu segar.. lalu disusun ke dalam bekas yang disediakan.. Seeloknya kalau biskut jenis 4 segi carilah bekas 4 segi juga.. senang nak susun biskut dalam tu... Kalau tak jenuh la nk kerat2 supaya biskut dapat disusun rata dalam tu..


Celupkan biskut dalam susu segar kemudian susun dalam bekas hingga menutupi semua ruang..



Dah susun biskut dalam bekas letak cheese atas biskut tersebut.. Penuhkan semua ruang



Susun semula biskut ke atas cheese yang dah disapu rata... Ulang proses hingga habis...




Last sekali tuk topping atas letak cheese n apa2 topping yang korang suka...







Macam aida buat dua topping... satu nesum satu lagi nestum dan milo....






kalau nak letak horlicks pun ok juga tu.. terpulang la kan yang mana korang suka boleh je letak.. asalkan masuk dengan tekak korang..






Ada lebihan sikit anak tak sabar nak makan tapi dia nak letak milo saja xnak nestum.. so buat sikit tuk dia ja...








Nampak tak tu lelehan cheese tuh... Perggghhhh memang mantopppp superb... Jangan lupa mencubanya ye..


No comments:

Post a Comment