Tuesday 29 April 2014

Paru Goreng Bercili

ASSALAMUALAIKUM....

Ada tak antara korang ni yang tak tahu apa tu paru... Hehehehe... Bahasa standard la tu sebenarnya.. bahasa scientific.. Konon... Ikut tempat juga la panggilan ni biasalakan berbeza mengikut negeri.. Tapi hanya tahu 3 versi je la.. Bahasa biasa PARU. Kalau sebelah utara ni Penang ni kami panggil KELEMPONG... Ha tu dia... Kalau sebelah sabah pula dorang panggil HATI BUYA.. Hehehehe.. dulu masa tinggal di sabah mula-mula tu jenuh juga la.. P pasar just tunjuk ja nak benda ni.. Last2 tanya di sabah panggil apa... Tapi ada juga sesetengah peniaga yang tahu paru sebab dah biasa dengan bahasa semenanjung.. Maklumlah ramai juga orang semenanjung menetap di sana.. Oh I really miss Sabah.. huhuhu

Ha dah melalut ke lain pula ceritanya.. Tapi tula jauh perjalanan luas pandangan bak kata orang.. Hidup di tempat orang kita dapat belajar cara hidup sesuatu masyarakat tu.. Pe2 pun memang bahagia sangat stay di Sabah... Fall in love wif sabah... :)


Haaaa...... nindia resepi yang akan saya bagitau ni.. Tapi ada certain orang tak makan paru ni.. Mungkin dari segi rupa ataupun memang jenis tak makan organ-organ dalaman ni.. Ada orang cakap tak elok makan organ dalaman ni sebab kita akan jadi pelupa.. Wallahuallam..

Ok kita tengok dulu resepi untuk paru goreng bercili ni ye...

PARU GORENG BERCILI

Bahan-bahan
1/2 kg paru
6 batang biji cili merah
2 labu bawang besar
seulas bawang putih
1 cm halia - hiris
gula
garam

Cara-cara
1- Potong paru kepada beberapa bahagian dan rebus untuk selama 20 minit..



2- Apabila telah selesai merebus.. potong paru tersebut menjadi hirisan halus...




3- Kemudian goreng seketika kesemua paru yang telah dihiris sehingga semua paru tersebut masak.. Kalau aida  tak suka garing sangat.. biar lembut2 lagi baru best.. Dah masak ketepikan



4- Setelah itu tumis  1 labu bawang besar yang dihiris..



5- Kemudian kisar cili bersama 1 labu bawang besar dan masukkan ke dalam tumisan bawang tadi



6- Kemudian masukkan paru tadi




7- goreng sehingga kuah kering dan bolehlah diangkat... Nyum nyum... Sedia tuk dinikmati...




No comments:

Post a Comment