Monday 7 April 2014

Puding Roti Pelangi


Assalamualaikum...

Rasanya kalau musim panas-panas ni ramai yang suka makan puding kan... Habuan sejukkan tekak.. Puding atau agar-agar ni terlalu banyak sebenarnya kalau nak buat.. Macam-macam jenis..



Puding roti ni boleh la korang buat kalau ada lebihan roti yang dah nyaris-nyaris nak expired dah tu.. Kadang beli sebuku tapi tak termakan pun.. So boleh la bt resepi ni...

Puding Roti Pelangi.

4 keping roti-carikkan
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula
2 biji telur
8gm serbuk agar2 / setengah peket agar2 tali
3 1/2 cawan air
2 sudu besar planta / marjerin
2,3 titis pewarna - optional

-didihkan air, masukkan gula dan agar2.. rebus sehingga semua bahan hancur
-blend roti, susu pekat,susu cair dan telur
-masak agar2 dgn air & gula sampai hancur
-masuk bahan blend dlm agar2 tadi
-masuk mentega
-tutup api & bahagikan warna kesukaan
-marblekan dan sejukkan dlm peti ais
-sedia tuk dimakan


Puding Roti Pelangi ni memang sedap.. Tak rugi kalau korang nak cuba..



didihkan air dahulu



sediakan gula..





masukkan gula ke dalam air didihan



masukkan agar-agar tali.. didih hingga hancur





sementara itu blender kesemua bahan tadi sehingga halus...





Masukkan bahan blender tadi ke dalam didihan agar-agar tersebut




masukkan butter.. Masak sehingga pekat... Bahagikan dan warnakan mengikut citarasa masing-masing





Masukkan ke dalam loyang berselang seli...







Boleh lorekkan buat corak ataupun biar bulat2 macam tu pun boleh juga.. hehehehe ikut suka korang lah..









Selamat mencuba....

Yang ni lain2 corak lepas buat beberapa kali...



No comments:

Post a Comment