Monday 21 April 2014

Puding Telur Mata


Assalamualaikum...

Nampak macam telor mata kerbau tak hehehehehehe.. Cam real ja kan.... Ni puding sebenarnya... Puding telo mata kerbau HAhahahaha...


Cantik kan.. Comel kan... Nak buatnya pun senang je... resepi yang sangat simple.. Cuma nak kena dua kali masak je la sebab nak hasilkan dua warna.. Tapi xde hal la benda tu kan.. sebab senang je bahan dia..



PUDING TELUR MATA

Bahan-bahan telur kuning
100 gm @ 1 tiub tepung nona Hoen Kwe warna kuning
1 cawan gula
900 ml air
1-2 titik pewarna kuning
acuan lompang secukupnya

Cara-cara




- masukkan kesemua bahan dalam periuk dan masakkan bahan-bahan ni sampai likat.



- pastikan sentiasa kacau guna whisk ye sebabnya nanti berketul n hangit pl kalau tak kacau




- dah masak sudukan adunan ke dalam acuan lompang... separuh ja dan sejukkan

Bahan-bahan telur putih
100 gm @ 1 tiub tepung nona Hoen Kwe putih
1 1/2 cawan gula
900 ml santan
secubit garam
piring secukupnya

Cara-cara


masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga likat.. Pastikan sentiasa kacau


Apabila sudah likat bolehlah disendukkan bancuhan ke dalam piring dan letakkan kuning tadi ke atas bancuhan putih... Buat sehingga selesai

















Cantikkan.... suka sangat tengok bentuk puding ni.. Macam real ja tengok.. Hehehe... So bg uolls yang suka makan puding leh la try.. puding ni simple je so semua orang boleh buat pnya lah.. heheh
Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment