Thursday 8 May 2014

Puding Roti Lapis Agar-Agar

Assalamualaikum.....

Menu kita hari ni puding roti lapis agar2.. Hurm.. Memang mervellous tau resepi ni...


Tak rugi pada sesiapa yang nak cuba resepi ni.. Selain dari rasa yang sedap mantop gitu... resepi dia pn senang je nak buatnya... Cepat plak tu... Aida tahu kompom ramai yang suka kalau resepi simple2 ni kan hehehehe... Jom skodeng

Bahan2

Agar-agar
20 gm agar2 tali
3 cawan air
1/2 cawan gula....




Masakkan kesemua bahan ni... dan bahagi dua bahagian... 1 untuk masukkan dalam puding roti satu lg untuk agar2... Untuk agar2 warnakan ikut warna kesukaan seperti ini...


Puding roti.
3 keping roti
1/2 cawan susu cair / segar
1/2 cawan susu pekat
2 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
* 1 sudu besar mentega

Cara.
Blender kesemua bahan kecuali mentega..


Masakkan bahan ni bersama agar2 1 bahagian tadi.. Masukkan mentega dan masak hingga pekat.. dan masukkan dalam loyang.



Biarkan seketika hingga permukaan puding menjadi kenyal sedikit... Bila dah ok masukkan bancuhan agar2 merah tadi ke atas puding roti ni...






Ok bolehlah disejukkan ke dalam peti ais... Bila dah beku bolehla post mortem puding anda hehehehe... Tak sabar ni nak mkn





Aida guna loyang push up so tolak je puding naik atas.. Hehehehe... Jom operate..







Ha nampak tak tu.. Memang sedap.. Tak rugi cuba tau... Selamat mencuba ye semua





No comments:

Post a Comment