Sunday 20 July 2014

Butter Chicken

Assalamualaikum...

Aida tahu mesti ramai yang suka masakan butter ni xkira la butter chicken ke butter prawn ke kan.. Sebab memang sedap.. Ada yang suka yang kering ada yg suka creamy...


Aida plak suka dua2 jenis ni.. Bukan apa kalau kering memang sedap masa nak ratah n makan.. Tapi aida jenis suka makan yang berkuah.. sebab tu suka juga yang jenis creamy.. Cuma creamy xleh makan banyak sebabnya cepat muak.. Yela benda berkrim ni kan

kalau ikut saya nak masukkan video tapi apakan daya masa buat ni husband xada di rumah so xde bantuan la mana nk masak n rakam.. So nanti kalau ada saya akan upload ye.. So kita tengok dulu resepi butter chicken versi kering



BUTTER CHICKEN
Bahan-bahan (kering)
1 1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan butter
2 biji kuning telur.. (kalau nk banyak lebihkan ye) - dipukul manja

Cara-cara
- panaskan minyak dan masukkan butter
- apabila butter cair guna senduk bulat dan putarkan minyak tadi agar minyak tadi berpusing...
- Sambil mengacau minyak tadi tuangkan kuning telur tadi.. Jangan berhenti kacau ye
- Pada satu saat telur tadi akan terhasil buih-buih.. Teruskan mengacau sehingga nampak buih-buih tadi bertukar ke warna sedikit  kuning gelap..
- Boleh tutup api dan tapiskan bahan tadi.. Minyak lebihan ni boleh digunakan untuk masak ayam.
- letakkan sedikit gula ke atas serbuk telur ni dan gaulkan bagi rata

Bahan Ayam.
2 bahagian isi ayam-(bahagian dada) bahagian isi dipotong kecil2
Tepung beras secukupnya
garam
lada sulah

Cara-Cara
-Perap ayam bersama lada dan garam. Kemudian salutkan dengan tepung beras tadi
- Goreng ayam bersama lebihan minyak yang telah ditos tadi



Bahan-bahan (creamy)
1 sudu butter
1/2 tin susu cair
2 tangkai daun kari-dilurut
4 biji cili api
2 ulas bawang putih - cincang
sedikit garam
sedikit bancuhan tepung jagung

Cara-cara
- panaskan butter. Tumis bawang,daun kari dan cili api sehingga naik bau
- masukkan susu cair dan biar mendidih
- apabila sos telah mendidih masukkan garam gaul sebati.
-kemudian tuangkan sedikit bancuhan tepung jagung dan tutup api..

dah siap...



Fav saya sekeluarga ni.. Korang boleh la cuba lepas ni... selamat mencuba ye..

Thursday 17 July 2014

NASI HUJAN PANAS, AYAM MASAK MERAH, NENAS MASAK BOMBAY

Assalamualaikum...

Apa khabar semua.. Apa menu korang hari ni.. Baru-baru ni aida ada buat nasi hujan panas.. Tapi tula lambat masukkan dalam blog.. Agak busy yang melampau pula sekarang ni.. Maklumlah bulan puasa so banyak benda yang nk kena settle..

Mana dengan masak la buat kuih la kemas rumah la.. Biasalah kan tugas seorang ibu dan isteri hehehehe... Ok stop dulu celoteh.. Untuk nasi hujan panas ni aida buat ayam masak merah dengan nenas bombay.. Lauk ni terpulang korang nak buat lauk apa.. Ada yang makan dengan acar, kari... Tapi kalau aida, aida sukakan lauk mcm ni.. Mcm masuk je kan hehehehe...


NASI HUJAN PANAS
Bahan-bahan
4 sekawan
2 ulas Bawang merah - kisar
2 ulas Bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
Beras
Susu cair
Air
Pewarna hijau,kuning, merah
3/4 cawan minyak
2 sudu besar butter

CARA-CARA
- masukkan minyak dan butter.. tumis bahan kisar dan 4 sekawan
- bila dah kekuningan masukkan beras dan gaul seketika
- masukkan susu cair dan air.. tamak sehingga nasi masak
- apabila nasi sudah masak gemburkan nasi tu then titiskan pewarna ke beberapa bahagian. Kemudian gemburkan kembali nasi tu sehingga warna sekata...


NENAS MASAK BOMBAY
Bahan-bahan
2 biji nenas
1/2 sudu besar rempah kari daging
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu teh cuka makan
2 biji cili merah, belah 2 setiap 1
2 biji cili hijau, belah 2 setiap 1
2 biji bawang besar, dipotong baji
garam dan gula secukup rasa
biji sawi secukupnya



Bahan Tumis
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 inci halia, hiris
1/2 sudu teh halba
2 batang kayu kulit manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji pelaga
1 tangkai daun kari

Cara-cara
- nenas dibuang empulurnya dan dicelur seketika
- panaskan minyak masukkan bahan tumis dan tumis sehingga wangi..
- masukkan rempah kari dan serbuk kunyit yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau sehingga pecah minyak. Pastikan kacau selalu dan guna api slow ye
- masukkan cuka, bawang besar, cili merah/ cili hijau- kacau rata dan masak hingga pekat.
- masukkan nenas gaul rata dan perasakan
-lastly masukkan biji sawi- gaul rata biar sekejap dan boleh tutup api.




AYAM MASAK MERAH
Bahan-bahan
1/2 ekor ayam- letak garam kunyit dan goreng
serai - titik
bawang-hiris
halia - hiris
cili kisar
4 sekawan (kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga)
bawang besar - hiris bulat
susu cair
tomato puree/ sos tomato
kacang peas
tomato belah 6
garam gula

Cara-cara
- panaskan minyak tumis 4 sekawan, bawang, halia dan serai...
- kemudian masukkan cili kisar.. tumis sehingga pecah minyak
- masukkan tomato puree dan susu cair gaul sebati
- perasakan dan masukkan tomato, kacang peas, ayam, dan bawang besar.
- sedia dihidang




dah siap set hidangan nasi hujan panas...




SELAMAT MENCUBA...

Wednesday 16 July 2014

Ayam Coke

Assalamualaikum...

Ayam coke lagi hehehehe... Well kalau dah fav kan.. Hari tu entry tak detail sangat gambar dia.. so yg ni update skit..


Jom kita tengok resepinya ye




RESEPI AYAM COKE

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam
1 botol coke kecil
1 batang serai -  titik
2 batang cili api - hiris nipis
1 ulas bawang putih - cincang
2 sudu sos tiram
1/4 cawan sos kicap (aida guna kicap abc sebab pekat mantappp hehehehe)



Cara-cara
- letakkan sedikit minyak dalam non stick pan
- tumis bawang putih, cili dan serai sehingga naik bau



- kemudian masukkan ayam tadi.. susun la bagi sekata semua..


- masukkan air coke sehingga menutupi paras ayam tersebut



- tutup pan rebus naik


- apabila paras coke dan turun setengah masukkan sos tiram dan kicap pekat. Balik-balikkan ayam


- rebus lagi sehinga kuah benar-benar kering


- semasa kuah mulai mengering pastikan korang lebih alert la.. balik-balikkan ayam tu supaya xhangus satu bahagian dan juga kicap yang ada tersalut cantik je kat ayam tu..


Dah siap hidangan ayam coke aida.. nyum nyum...




Selamat mencuba

Coco Crisp

Assalamualaikum....

Hari tu ad abuat almond choco.. So dah alang-alang buat aida buat skali coco crisp ni.. Resepi sama ja mcm almond choco tu cuma yang tu guna badam yg ni guna buble rice..


Aida tak tahu nk letak apa atas tu sebenarnya hehehehe.. Last2 biar je kosong.. Kegemaran anak-anak ni.. Memang kalau buat awal kiranya habuan dorang jela tak sempat tunggu raya pon.. Ni pon buat sebalang dah habis sebalang.. Nanti nk dekat raya buat lain lagi.. Nasib la senang.


COCO CRISP
200 gm rice buble
50 gm butter

cairkan butter dan ratakan bersama buble rice.. Kemudian bakar seketika.

400 gm choc
1 sudu besar butter
papercup
hiasan jika suka

Cara-cara
- masak choc secara double boiler
- bila dah cair masukkan butter..
- kemudian masukkan rice buble tadi gaul sekata.. Masukkan dalam papercup dan sejukkan



Senang je kan resepinya.. Bagi yang tak tahu rice buble tu ni picnye


Korang boleh dapatkan kat kedai bakery.. dulu susah nak cari tapi sekarang senang dah... dah bnyk bakery jual..

Selamat mencuba

Almond Choco

Assalamualaikum...

Demam raya sudah menjelma... Entry kali ni aida nak ajar cara buat almond choco... Resepi yang teramat senang.. Even anak-anak kecil kita pun boleh buat...


senang je nak buat resepi ni.. Jom skodeng

Bahan-bahan

400 gm choc
500 gm badam hiris - disangai dahulu
1 sudu besar butter - tuk kilatkan choc
sedikit hiasan


cara-cara
- masak choc dengan kaedah double boiler
- bila dan cair masukkan butter.. Kacau sehingga butter cair
- masukkan badam tadi dan gaul sekata.. Masukkan dalam paper cup dah hias
- sejukkan...


Dah siap... Senang kan
Selamat mencuba

Samperit

Assalamualaikum...

Hari ni dah 19 Ramadhan.. Kejap je masa berlalu.. Tup-tup dah nak raya.. Biskut raya pun buat kejap je nak habis.. Anak-anak suka makan.. buat je habis buat je habis.. Sampai tak larat nak buat dah


Kalau hari tu saya cerita pasal samperit susu ni nk cerita pasal samperit buasa pula.. samperit ni memang sedap.. Memang terbaik la.. Pendek kata orang cakap CAIR DI MULUT gitu rasanya.. Memang fav saya sekeluarga biskut samperit ni.




Ok kita tengok resepinya ye.. Sebenarnya samperit ni banyak versi.. Tapi ini yang saya paling suka la

SAMPERIT

Bahan-bahan
250 gm butter
50 gm gula icing
sedikit esen vanila
1/2 sudu kecil @ 1 sudu kecil plastik kuning telur
sepeket tepung kastard (300gm)
2 sudu besar tepung jagung


Cara-Cara.
- Campurkan butter dengan gula.Gaul sehingga sebati
- masukkan telur dan esen. gaul sebati
- Masukkan tepung.. bila dah jd doh boleh la picitkan jadi bunga..
- hiaskan samada dengan cherry atau manik atau boleh juga guna choc chip. Terpulang selera masing-masing



atau boleh juga guna resepi ni....

250 gm butter/mentega/marjerin
1 cawan gula halus
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila

Bahan Ayak
1 1/2 cawan tepung jagung
1 1/2 cawan tepung ubi
1 1/4 cawan tepung gandum (agak2 cukup)

CARA
- pukul sebati butter dengan gula
- masukkan esen dan telur - pukul sebati (kalau nak letak pewarna kuning sikit pon boleh untuk cantikkan doh sebab bancuhan ni tak guna kastard
- masukkan tepung jagung - gaul sebati
-kemudian masukkan tepung ubi -  kacau rata
- masukkan tepung gandum sikit2 hingga cukup . Adunan biar lembut ya kawan2
- panaskan oven dan terapkan doh ke atas dulang pembakar..
- bakar pada suhu 150c- 160c selama 15-20 minit








saya bakar pada suhu 130 dalam 5 min setiap dulang. Kepanasan oven sebenarnya terpulang pada oven masing2.. sebab tahap kepanasan dia berbeza..

Selamat mencuba