Wednesday 2 July 2014

AYAM MASAK HALIA


Assalamualaikum...

Dah berapa lama aida xupdate blog ni kan.. Buzy skit la.. Mana kerja lai man di rumah lagi.. Biasala kan itulah rutin seorang isteri dan juga ibu kan. Actually masakan ni pun dah lama dah saya buat cuma ni baru berkesempatan nak update di blog ni



Masakan ayam halia ni pun sebenarnya tergolong dalam makanan kesihatan juga la kan sebenarnya.. sebab halia kan bagus tuk kesihatan.. Ni bukan apa ni.. Kesnya sebab haritu aida lenguh badan.. dah berurut pun still lagi lenguh.. so teringat la nak buat ayam halia ni untuk keluarkan angin dalam badan ni..





AYAM MASAK HALIA

BAHAN-BAHAN
1/2 ekor ayam (lebih kurang 600gm)-potong ikut suka
2 inci halia - hiris nipis
3 ulas bawang putih - hiris nipis
1 biji cili merah - hiris
1 labu bawang besar - hiris bulat dan leraikan
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap cair
2 cawan air
Hirisan daun bawang tuk hiasan.






CARA-CARA.

1. Ayam dicuci bersih dan toskan. Gaul ayam tadi bersama kicap cair dan halia. Perap selama 1 jam atau lebih.

2. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga harum. Kemudian masukkan ayam yang diperap.Masak sehingga air kering

3. Masukkan sos tiram dan gaul rata. Masukkan air dan biar mendidih

4. Bila ayam dah empuk, masukkan bawang besar dan cili merah. Masak sehingga kuah agak pekat. Perasakan.







Ha so sapa2 yang angin banyak dalam badan tu boleh la try ayam masak halia ni.. Alhamdulillah banyak juga angin yang keluar dari badan.. Nak elok gigit skali ye halia-halia tu baru la berkesan.. Tapi memang sedap la resepi ni





Aida buat kuah banyak sikit sebab jenis tak reti makan nasi yang tak berkuah... Selamat mencuba uollssss

No comments:

Post a Comment