Thursday 3 July 2014

Ayam Masak Lada Hitam (Ayam Black Pepper)

ASSALAMUALAIKUM...

Sekarang ni dah masuk bulan ramadhan.. Selalunya time-time puasa macam ni mesti sibuk mencari juadah apa yang nak dihidangkan pada keluarga kan.. sibuk la menggoogle bagai.. Hehehehe.. Tambah kalau di opis topik orang perempuan tak lari dari masakan.. Share2 resepi memasing.. Well, sharing is caring..


so sini aida nak share resepi ayam masak lada hitam atau lebih dikenali dengan panggilan ayam black pepper.. hahahaha.. nk omputih sat tapi rojak campur.. biasa la..Kalau buat ayam lada hitam ni aida suka gorengkan ayam tu dulu dengan tepung.. Baru feel

AYAM BLACK PEPPER
Bahan-Bahan

Ayam - potong kecik2 dan perap bersama lada hitam dan garam
sos tiram
kicap
lada hitam-tumbuk kasar
bawah besar - potong dadu / potong 6
bawang putih - cincang
lada benggala hijau
bancuhan tepung jagung

CARA-CARA
- salutkan ayam tadi bersama tepung kemudian goreng
- panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu
- setelah itu masukkan sos tiram dan kicap dan sedikit air
- masukkan lada benggala tumis sehingga kuah mendidih
- kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dan juga ayam yang telah digoreng tadi.
- sedia tuk dihidang


SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment