Sunday 20 July 2014

Butter Chicken

Assalamualaikum...

Aida tahu mesti ramai yang suka masakan butter ni xkira la butter chicken ke butter prawn ke kan.. Sebab memang sedap.. Ada yang suka yang kering ada yg suka creamy...


Aida plak suka dua2 jenis ni.. Bukan apa kalau kering memang sedap masa nak ratah n makan.. Tapi aida jenis suka makan yang berkuah.. sebab tu suka juga yang jenis creamy.. Cuma creamy xleh makan banyak sebabnya cepat muak.. Yela benda berkrim ni kan

kalau ikut saya nak masukkan video tapi apakan daya masa buat ni husband xada di rumah so xde bantuan la mana nk masak n rakam.. So nanti kalau ada saya akan upload ye.. So kita tengok dulu resepi butter chicken versi kering



BUTTER CHICKEN
Bahan-bahan (kering)
1 1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan butter
2 biji kuning telur.. (kalau nk banyak lebihkan ye) - dipukul manja

Cara-cara
- panaskan minyak dan masukkan butter
- apabila butter cair guna senduk bulat dan putarkan minyak tadi agar minyak tadi berpusing...
- Sambil mengacau minyak tadi tuangkan kuning telur tadi.. Jangan berhenti kacau ye
- Pada satu saat telur tadi akan terhasil buih-buih.. Teruskan mengacau sehingga nampak buih-buih tadi bertukar ke warna sedikit  kuning gelap..
- Boleh tutup api dan tapiskan bahan tadi.. Minyak lebihan ni boleh digunakan untuk masak ayam.
- letakkan sedikit gula ke atas serbuk telur ni dan gaulkan bagi rata

Bahan Ayam.
2 bahagian isi ayam-(bahagian dada) bahagian isi dipotong kecil2
Tepung beras secukupnya
garam
lada sulah

Cara-Cara
-Perap ayam bersama lada dan garam. Kemudian salutkan dengan tepung beras tadi
- Goreng ayam bersama lebihan minyak yang telah ditos tadi



Bahan-bahan (creamy)
1 sudu butter
1/2 tin susu cair
2 tangkai daun kari-dilurut
4 biji cili api
2 ulas bawang putih - cincang
sedikit garam
sedikit bancuhan tepung jagung

Cara-cara
- panaskan butter. Tumis bawang,daun kari dan cili api sehingga naik bau
- masukkan susu cair dan biar mendidih
- apabila sos telah mendidih masukkan garam gaul sebati.
-kemudian tuangkan sedikit bancuhan tepung jagung dan tutup api..

dah siap...



Fav saya sekeluarga ni.. Korang boleh la cuba lepas ni... selamat mencuba ye..

7 comments: