Wednesday 16 July 2014

Samperit

Assalamualaikum...

Hari ni dah 19 Ramadhan.. Kejap je masa berlalu.. Tup-tup dah nak raya.. Biskut raya pun buat kejap je nak habis.. Anak-anak suka makan.. buat je habis buat je habis.. Sampai tak larat nak buat dah


Kalau hari tu saya cerita pasal samperit susu ni nk cerita pasal samperit buasa pula.. samperit ni memang sedap.. Memang terbaik la.. Pendek kata orang cakap CAIR DI MULUT gitu rasanya.. Memang fav saya sekeluarga biskut samperit ni.




Ok kita tengok resepinya ye.. Sebenarnya samperit ni banyak versi.. Tapi ini yang saya paling suka la

SAMPERIT

Bahan-bahan
250 gm butter
50 gm gula icing
sedikit esen vanila
1/2 sudu kecil @ 1 sudu kecil plastik kuning telur
sepeket tepung kastard (300gm)
2 sudu besar tepung jagung


Cara-Cara.
- Campurkan butter dengan gula.Gaul sehingga sebati
- masukkan telur dan esen. gaul sebati
- Masukkan tepung.. bila dah jd doh boleh la picitkan jadi bunga..
- hiaskan samada dengan cherry atau manik atau boleh juga guna choc chip. Terpulang selera masing-masing



atau boleh juga guna resepi ni....

250 gm butter/mentega/marjerin
1 cawan gula halus
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila

Bahan Ayak
1 1/2 cawan tepung jagung
1 1/2 cawan tepung ubi
1 1/4 cawan tepung gandum (agak2 cukup)

CARA
- pukul sebati butter dengan gula
- masukkan esen dan telur - pukul sebati (kalau nak letak pewarna kuning sikit pon boleh untuk cantikkan doh sebab bancuhan ni tak guna kastard
- masukkan tepung jagung - gaul sebati
-kemudian masukkan tepung ubi -  kacau rata
- masukkan tepung gandum sikit2 hingga cukup . Adunan biar lembut ya kawan2
- panaskan oven dan terapkan doh ke atas dulang pembakar..
- bakar pada suhu 150c- 160c selama 15-20 minit








saya bakar pada suhu 130 dalam 5 min setiap dulang. Kepanasan oven sebenarnya terpulang pada oven masing2.. sebab tahap kepanasan dia berbeza..

Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment