Thursday 25 September 2014

PUDING TRIFFLE

Assalamualaikum.....

Busy betul sejak akhir-akhir ni..Banyak kerja yang perlu dilaksanakan sampai nk update entri kat blog pon tergendala.. Tapi tak pe la kan asalkan ada juga ye dak hehehe...

Entri kali ni pasal sejenis dessert la.. Puding triffle ni mmg fav kami sekeluarga. sebab puding ni memberi kelainan dari puding lain. Kerana dia digabungkan dengan 3 jenis dessert dan yang pasti senang dan rasa yang meletoppp


Untuk puding triffle ni kalau uolls rajin boleh juga buat kek sendiri.. Samada kek span atau swiss roll pon sodap... Tapi normally aida akan beli je swiss roll ready made.. Hahahaha.. Malas pula kan nk buat klau nk buat puding ni kalau nak membaking lagi. So normally aida akan beli swiss roll cuma terpulang la nak perisa apa. Aida pernah buat perisa pandang, vanilla, kopi n mocha.. Semuanya sedap.



PUDING TRIFFLE
Kek boleh buat sendiri atau beli ready made. Aida guna swiss roll

BAHAN-BAHAN KASTARD
200 ml susu sejat 
100 ml air
2 kuning telur
2 sudu besar penuh tepung kastard
4 sudu besar gula 
3/4 sudu teh esen vanila

BAHAN-BAHAN JELLY
Aida gunakan serbuk jelly nona plain.

BAHAN LAIN
1 tin buah-buahan cocktail (atau boleh juga gunakan laici atau apa saja ikut selera memasing)
nata de coco


CARA MEMBUATNYA :-)

1. UNTUK KEK - potong kek mengikut ketinggian yang diingini dan susun di atas dasar loyang



pastikan semua ruang ditutup dengan sempurna supaya tak ada kastard terturun ke bawah nanti. Aida gunakan bekas plastik ni terus je sebab senang terus cedok makan. :)



- Renjiskan sedikit air cocktail ke atas kek untuk memberi sedikit rasa

2. UNTUK KASTARD - Satukan semua bahan kastard kecuali esen vanila



- kacau rata dan masak dia atas api. Gunakan api perlahan


- pastikan kastard sentiasa dikacau untuk elak kastard hangus di dasar. Dah pekat tutup api ketepikan. Biar kastard sejuk sedikit. 


-Bila dah sejuk letakkan atas kek tadi.. Ratakan ke seluruh ruang






3. UNTUK JELLY - Masak ikut cara-cara di belakang paket. Masukkan pewarna kesukaan


- Biarkan jelly sejuk sedikit sebelum dituang ke atas kastard.

4- Susun buah-buahan cocktail dan juga nata di coco ke atas kastard tadi sehingga memenuhi kesemua ruang kastard.







5- Lepas tu boleh la siram jelly pulak sebelah atas. Tuang jelly kena hati2 sebab kalau jelly masih panas dia akan tembus sehingga ke dasar





Pastikan jelly telah sejuk... Aida cedok dulu jelly tu guna senduk bulat kemudian letakkan perlahan-lahan ke atas kastard.. Ulang sehingga penuh bekas atau jelly habis.







Bila dah selesai tu boleh la masukkan dalam peti sejuk... Sedap tu makan sejuk2.. Perghhh nikmat tak terkata... Memang wajib dicuba la puding triffle ni...

Slalunya orang buat memang letak jelly warna merah.. Tapi terpulang kalau nk letak warna lain.. Semua terpulang pada citarasa sendiri. Ok uolls... Macam aida ada juga buat warna hijau... saja gatal hahahaha.. Tapi mcm merah juga melekat di hati..

Puding ni pon dah jadi makanan kegemaran kami satu family















SELAMAT MENCUBA


Thursday 4 September 2014

Kerepek Crab Stick

Assalamualaikum...

entri ni aida nk kongsikan kat uolls pasal kerepek crab stick.. Bukan nk cakap apa la tapi memang terbaik la resepi ni.. dah la senang nak buat.. sedap pulak tu... N korang boleh je nak tambah apa2 perisa yang korang suka


Aida kalau buat kerepek ni kompom beli paket besar dua paket.. buat n sekali hadap je habis hahahahaha... Mana tak nya  kami berlima makan sambil tgok tv semua pakat dok pulun la.. Benda sedap kan.. Light je rasa dia sebab tu la xsedar tgok2 je habis :)


sebenarnya banyak versi juga kerepek ni kalau korang try cari... Tapi aida ada ubah sikit resepi yang asal ikut selera tekak i hahaha...  Yang asal kebanyakannya semua just goreng begitu saja stick ni.. Tapi aida letakkan sedikit tepung supaya lebih rangup dan juga cantik warnanya. Kalau goreng terus yang i tengok semua warna gelap sikit.

Cara-caranya simple je.. Memula korang p la beli crab stick ni kan.. Tak kisah la apa2 brand sekali pun asalkan halal tetapi nk ingtkan kalau yang brand murah n tak tentu2 tu kebanyakan nya susah waktu nk carik2 kan tu sebab dia melekat kita tak boleh buka gulungan dia tu..


so bila dah ada crab stik korang carik2kan isi ketam ni memanjang. Aida akan buka dulu gulungan stick ni.. Tehn baru carik2kan saja. Masa ni la kalau kita beli yang murah agak susah sebab tak boleh buka gulungan tu. sebelum tu make sure keluarkan dari peti ais la ye tuk chill kan dia.


Ok bila dah habis carikkan tu renjiskan sedikit air ke atas kepingan ni td.. tujuan untuk melembabkan sedikit stick ni supaya tepung yang akan kita gaul nanti akan sebati dan melekat. Sikit saja tau nanti kalau basah sangat xnak rangup pula kerepek kita ni


Kat sini aida gunakan 2 jenis tepung.. Tepung beras n tepung jagung.. Pandai2 agak ye.. Guna sama banyak.. Masukkan dalam bekas ni then gaul rata. Pastikan semua bahagian sebati dengan tepung ni ye. Masa ni kalau korang nk letak rempah kari ke,


Bila dah sebati boleh la korang goreng.. Saya masukkan sekali daun kari nak bg wangi.. Baru la feel maruku skit hahahaha.. kalau xnak letak pon xpe.. Apa ada hal kan..Ikut selera masing2 la yeGoreng sehingga agak garing sedikit dan angkat, toskan lebihan minyak



So dah boleh menjamu selera...

Selamat mencuba