Monday 27 October 2014

Telur Sotong Masak Sambal

Telur sotong... owh telur sotong.....

Telur sotong susah dapat so bila dah dapat skali ambik 2 kilo.. Ambik  ko.. so masak la n makan puas2 hahahaha.

Actually xtahu sangat apa yang sesuai untuk telur sotong ni.. Yelah kadang tak semua jenis lauk masuk dengan bahan tu kan.. So menerai jela semua. Nak masak mask kuning mamak tu dah xtahu pula resepinya. Kalau tahu makan tu je pon ok juga.. Makanan fav kot.


so kali ni kita try pula masak sambal.. Nak tengok boleh masuk ke x dengan telur sotong kan.. Sebab sotong  ok ja buat sambal suppose telur dia pon ok la kan hehehehehe


TELUR SOTONG MASAK SAMBAL
Bahan2
500 gm Telur sotong
Segenggam Cili mesin
1 labu bawang besar
Air asam jawa
Garam dan perasa


Cara-cara
1- Panaskan minyak. Masukkan separuh bawang besar masak hingga layu
2- Masukkan cili mesin. Tumis sehingga pecah minyak
3- Masukkan telur sotong. Gaul rata
4- Masukkan air asam jawa, garam dan gula.. Atau sebarang perasa yg korang suka la.. Terpulang ek
5- Lastly masukkan bawang besar yg dihiris.
6- Siap dan angkat




Selamat Mencuba :)

Friday 24 October 2014

Butter Soft Crab @ Ketam Lembut Masak Butter


Assalamualaikum....

Soft crab.... aka ketam lembut.... Hurmmm.. memang tak terkata lah sedapnya.. Ketam lembut ni memang fav saya. dulu slalu makan kat kedai seafood masa di sabah


Apa yang best sebab ketam lembut ni kita boleh hadap semuanya.. Xyah gaduh-gaduh nak buang kulit bagai.. Tolan yo semua hehehehe... Tu yang best tu. Ketam lembut ni saya dapat beli secara frozen la.. Nak dapat yang fresh memang susah kot.



Ok memandangkan kita apat frozen... So chill kan dulu lah kan..



OK kita go through resepi nya ye...

BUTTER SOFT CRAB
Bahan-Bahan Gorengan
6 ekor ketam lembut
tepung beras
tepung ubi


Cara-Cara.
1- Sediakan ketam gaulkan dengan sedikit garam


2- Kedua-dua tepung disatukan.Salutkan ketam bersama kedua2 jenis tepung


3- Bila dah berbedak semua ketam tu boleh la digoreng....




4- Angkat dan toskan ye... So lepas tu boleh la buat sarang telurnya....





Bahan2 Sarang Telur
1 1/2 mangkuk minyak masak
1 senduk butter
4 biji cili api
3 tanglai daun kari
2 ulas bawang  putih - racik halus
4 biji telur kuning



Cara-cara
1- Panaskan minyak dan mentega
2- Tumis bawang putih, daun kari dengan cili api sehingga naik bau
3- Buat pusaran minyak... Pusing sehala. kalau boleh gunakan senduk bulat supaya hasilnya lebih halus.
4- Pada saat ni tuangkan kuning telur. Untuk dapatkan hasil yang cantik pastikan tuang telur ni tinggi2 tau.
5- pastikan sentiasa kacau secara bulat (pusing) ye.
6- Bila nampak buih2 tersebut dan bertukar warna kekuning-kuningan bolehla ditutup api dan toskan semua bahan ni supaya lebihan minyak ditapis keluar





Dah Siap..... :)

Monday 20 October 2014

Soto Ayam

Assalamualaikum...

Dah lama rasanya aida tak masak soto.. Last rasanya tahun 2008 masa raya. Masa tu di Sabah lagi hehehe... Ha lamanya kan. Tetiba pulak kali ni rasa teringin betul nak makan soto. Hurmmm... Meleleh air liur.


Hurm... Tak jemu sebenarnya nak makan soto ni. Tapi masa buat ni satu benda je lupa beli.. Lupa beli daging. So tak la saya terbuat begedil. Kalau ada begedil kompom lagi terangkat lah ceritanya.





Kalau nak buat soto ayam ni kena dapatkan dulu rempah soto. Barulah power skit rasanya. Ada certain orang dia buat sup biasa ja. Tapi xbrapa terangkat lah sebab tak rasa rempah dia tu. Rempah soto ni senang juga nak dapatkan. Semua supermarket pon ada jual. Saya beli yang timbang pnya so tak ada brand.

SOTO AYAM
Bahan-bahan
1/2 kg ayam ( nanti bahagian isi keluarkan dan carikkan)
nasi impit (direbus)
kacang tanah (digoreng dahulu)
taugeh
bawang goreng
daun sup
daun bawang
cili api
kicap
bawang putih
suun kering - digoreng dlm minyak panas simpan dlm bekas kedap udara
begedil (tapi yang ni saya tak buat. Lupa beli daging)
rempah soto ( pakai dalam 3 sudu besar je)




Cara-cara
1- Masak nasi impit



2-goreng dulu kacang tanah


3- tumbuk atau blend cili api dgn bawang putih. Letak garam n gula sikit. Then masukkan kicap manis.


4- Suun kering tu goreng dalam minyak panas yang banyak.. Makde sure suun terendam dlm minyak.. kejap ja suun ni mengembang so jangan ralit la.. Letak je dlm minyak alihkan sebelah bawah dah boleh angkat



5- taugeh basuh la bersihkan dulu. Aida rendam je dlm air sebab xnak dia lebam.


6- sediakan lah bawang sup n daun bawang-dihiris nipis dan juga bawang goreng



7- untuk sup soto nye


hiris/tumbuk/blend bawang merah, putih... Tumis dulu bawang ni. Bila dah wangi masukkan rempah soto dan tumis seketika. Bila dah naik bau masukkan ayam. goreng sebentar. Kemudian masukkan air dan reneh sehingga mendidih.


dah settle semua persediaan nak buat soto ayam... So boleh la dihidangkan








Selamat menjamu selera... :)