Monday 20 October 2014

Telur Sotong Goreng Kunyit

Assalamualaikum...

Apa khabar uollss.... iolls sihat je.. Nak tanya uolls pernah tak dengar telur sotong. Actually telur sotong ni glamor sangat kat Penang ni.. Mostly kedai mamak (nasi kandar) memang ada la. Tapi kadang tak tahan harga la.. Baru satu kali cedok ada la dlm 6 ketoi kecik ja dh rm6.. Hambik kau hahahaha


Telur sotong ni pun susah nak dapatkan yang mentah.. Kat pasar pun susah nk jumpa sebab tu la juga harga dia mahal dorang jual. Ni pon kebetulan dapat dr kak Liza dr kl. Dia balik penang so kirim melalui dia.


Yang ni aida dapat telur sotong yang besar pnya... Kalau dapat yang kecik pon sodap... Cuma tu la tak pandai tak tahu bahan yang digunakan dalam masakan mamak tu.. Masak kuning dorang tu sebab dia xpakai santan rasanya sebab xde rasa santan dalam masakan tu.


Masakan goreng kunyit ni senang je.. Rasanya semua orang tahu macam mana nk masakkan benda ni kan.senang je kot kan.

Telur Sotong Goreng Kunyit
Bahan-Bahan
Telur sotong
Serbuk Kunyit
Cili hidup- hiris nipis
Bawang besar - hiris nipis
1 cm halia - hiris
Minyak
Sedikit air




Cara-cara
1- Gaulkan sotong bersama garam dan serbuk kunyit
2- Panaskan minyak. Tumis bawang, halia dan cili hingga layu
3- Masukkan telur sotong. Tumis sehingga telur sotong masak.




dah siap. :) nyum nyum...

7 comments:

  1. Tumpang iklan admin:)

    NGIDAM TELUR SOTONG? ?

    Saya ada menjual telur sotong yg Fresh dgn harga PROMOSI!

    Berminat?
    Wassup 0136285711

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy peminat tegar telur sotong,.,..awak jual dimana...berpa harga promosi tu?

      Delete
  2. Ada lg ke telur sotong ney ??

    ReplyDelete
  3. Telur sotong ni, kalau goreng xmeletup mcm kita goreng sotong ke? Klu bertepung okay la juga xletup haha....

    ReplyDelete