Monday 24 November 2014

Ayam Kam Heong

Assalamualaikum...

Ayam kam heong.. Pernah dengar tak. Actually ni makanan cina. Tapi first time rasa hari tu terus jatuh cinta.. Masa tu nak buat tak tahu sebab xdak idea mcm mana cara pembuatan tu. Akhirnya cari dan mencari dapatkan basic sikit, uji rasa dan ini hasil citarasa Aida hehehehe...


Ayam kam heong ni jenis kering. So sapa yang jenis makan nasi berkuah ni kena cari inisiatif lain plak la nak bg masuk lauk berkuah tu makan dengan kam heong ni. Tapi bagi aida kuah ni dah cukup walaupun aida ni memang jenis kena makan nasi banyak kuah. Tapi rasa kam heong ni dah cukup walaupun dia agak kering2 sikit.



AYAM KAM HEONG
Bahan2
3 keping dada ayam - hiris ketul2 hehehe (tak tau nak describe cam na)
2 sudu besar kicap cair
3 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar tepung jagung

- Perap semua bahan di atas selama 1/2 jam atau lebih kemudian goreng dan ketepikan.



 Bahan Sos
Bahan A
Segenggam udang kering - (anggaran 3 sudu besar) rendam, toskan dan tumbuk
2 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
4 batang cili padi - ditumbuk
2 tangkai daun kari

Bahan B
kacang panjang - hiris panjang.. dalam 3 inci
5 biji cili api - tumbuk

Bahan C
4 sudu kicap pekat
2 sudu kicap cair
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar serbuk kari


Cara-cara
1- panaskan minyak, tumis bahan A sehingga naik bau.
2- Kemudian masukkan bahan C tumis sehingga separuh kering.
3- Masukkan bahan B kemudian masukkan ayam. Tumis sehingga kering.







Siap.... Selamat mencuba

Untuk video tutorial klik kat bawah ni no.. Aida ada update di you tube...

No comments:

Post a Comment