Thursday 27 November 2014

Telur Sotong Masak Lemak....

Assalamualaikum....

Hari ni badan lemau sikit la... Hehehehe.. Letih sangat banyak benda kena urus n plus xsempat nak rehat. Malam nk tidur je la masa untuk rehat. Tu pun berapa jam je.. Aida rasa semua ibu2 alami benda yang sama kot kan. Tambah yang bekerjaya. Malam je dapat uruskan rumah. Itulah kan kehidupan berumah tangga ni.. Indah sebenarnya kehidupan berumah tangga ni.


Untuk entri hari ni aida nak kongsikan pasal resepi telur sotong masak lemak.. Masak lemak ni kalau buat pekat2 then pedas2 baru la kick kan.. Terangkat je. Kiranya telur sotong ni masuk juga la dengan masak lemak. Walaupun tak sama rasa dengan yang mamak tu tapi alhamdulillah tetap sedap juga..


MASAK LEMAK TELUR SOTONG
Bahan2
200 gm telur sotong
1 kotak santan (aida guna kara)
*5 biji cili padi
*sedikit ikan bilis
*2 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
*1 cm kunyit hidup
garam
gula

Cara-cara
1- tumbuk/blend semua bahan bertanda *
2- letak sedikit je minyak dalam 1 sudu besar, then tumis semua bahan yang ditumbuk tadi
3- tumis sekejap sehingga agak wangi
4- masukkan santan dan juga telur sotong
5- pastikan sentiasa kacau guna api sederhana supaya tak pecah minyak
6- SIAP


Selamat mencuba uolls....

No comments:

Post a Comment