Friday 19 December 2014

Nasi Kerabu Aida Style....

Assalamualaikum....

Sapa sini suka makan nasi kerabu. Aida, suami anak beranak memang suka sangat kot nasi kerabu ni.. Walhal bukan orang timur pun hehehehe... Cuma respi yang nak dikongsi ni hasil dari saya la.. Kalau ada yang tak kena tu biasala diubah sedikit. Mungkin cara orang kelantan lain pl kan. Wallahuallam


Kalau di semenanjung mungkin senang la sikit nak dapat nasi kerabu ni sebab banyak ja jual di pasar malam. Tapi masa di sabah susah la nak jumpa. Kalau ada pun time puasa beli di kem lok kawi hehehehe... Tu pun sedia la benda susah dapat apa lagi harga dia.. Padahal sikit je pun kan. Sabo je la

Nasi kerabu ni actually simple je nak buatnye. Cuma ramai yang tak suka buat sebab kena buat banyak benda kan. So jadi leceh sikit la nak sedia banyak barang. Ada juga certain orang yang tak makan sebab pelik katanya nasi berwarna.. Hehehehe.. selera masing-masing kan bukan boleh dipaksa ye dak.


Ok kita tengok cara buat n resepi satu persatu bahan2 nasi kerabu ye.


NASI
rendam bunga telang dalam air. Bila dah keluar warna masukkan dengan beras then tanak la macam biasa. Kalau tak dapat bunga telang tu boleh je guna pencelup biru. Tapi jangan banyak ek nanti ngeri plak nak makan hehehehe n hilang ketulenan warna dia.



then korang boleh la rebus atau kukus ikan untuk buat solok lada n kelapa kering tu nanti



SOLOK LADA
cili hidup besar
kelapa
bawang merah-tumbuk
sedikit halia-tumbuk
sedikit lada hitam-tumbuk
isi ikan-leraikan2 atau boleh juga ditumbuk
telur
santan



Cara-cara
1- belah dulu bahagian tengah sebelah atas cili tu
2- gaul rata semua bahan di atas kecuali santan hingga rata
3- dah gaul sumbat je dalam cili tadi
4- kemudian susunkan cili dalam periuk dan masukkan santan
5- rebus cili ni hingga masak lembut


* ada setengah orang dorang kukus.

KELAPA GORENG
kelapa
isi ikan
bawang merah-tumbuk
halia sikit-tumbuk

Cara-cara
-goreng semua bahan ni sehingga kering dan warna koko2 skit tu ye..
- last boleh tumbuk... Kadang aida tak tumbuk pun hehehehe


KUAH SAMBAL TUMIS
cili kering - kisar
bawang merah - kisar
bawang putih - kisar
sedikit halia-kisar
serai - kisar
asam keping
santan
sedikit gula
garam

Cara-cara
1- tumiskan bawang sehingga wangi
2- masukkan cili kering tumis sehingga pecah minyak
3- masukkan santan dan asam keping...
4- perasakan...



IKAN CELUP TEPUNG
Ikan kembung - boleh je nak ikan lain
tepung gandum
tepung beras
garam
serbuk kunyit

Cara-cara
- bancuh semua bahan sehingga sebati
- celupkan ikan ke dalam bancuhan tepung
- goreng sehingga masak


SAMBAL
6 biji cili hidup
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
belacan

Cara-cara
- tumbuk semua bahan hingga hancur ataupun blend je..


BUDU
budu
cili api
asam limau

Cara-cara
-campurkan kesemua bahan.


DAGING BAKAR
daging
ketumbar - tumbuk
jintan manis-tumbuk
jintan putih - tumbuk
serai - tumbuk
bawang merah - tumbuk / blend
bawang putih - tumbuk / blend

Cara-cara
- perap semua bahan bersama daging perasakan. Perap sekurang2nya setengah jam
- bakar atau grill sehingga masak. kemudian hiris nipis



Bahan2 lain
- keropok ikan - digoreng
- telur masin
- kacang panjang - hiris nipis
- taugeh
- kobis-hiris nipis
- daun kesum - hiris nipis
- bunga kantan - hiris nipis




SELAMAT MENJAMU SELERA UOLLSSSS....... :)

No comments:

Post a Comment