Tuesday 23 December 2014

Pai Tee....

Assalamualaikum...

Pai Tee... Sapa yang pernah makan di chicken rice shop memang familiar dengan makanan ni. Tapi saya sebenarnya tak panggil pai tee, saya panggil singapore pai. Saya makan benda ni lama dah. Sebelum chicken rice shop tu wujud kami dah makan hehehehe.. Sebabnya mama aida slalu buat untuk kami sekeluarga.




BAHAN-BAHAN KULIT PIE TEE :-)
180 gram tepung beras
50 gram tepung gandum
50 gram tepung jagung
350 ml air
1 biji telur gred A, dipukul sedikit
Secubit garam

CARA-CARA
- bancuh semua bahan dan gaul hingga sebati.. Kalau nak blend pon boleh lagi senang keja hehehehe
- panaskan minyak dalam periuk. pastikan minyak banyak untuk tenggelamkan acuan
- rendam acuan dalam minyak panas supaya nanti tepung tak melekat pada acuan.


- kemudian celupkan acuan ke dalam bancuhan tepung tadi... Jangan celup sampai atas acuan tau nanti susah nak tanggal.. celup 3/4 acuan je okey...




- bila acuan dah tersalut elok rendamkan dalam minyak tadi.. kena pegang tau supaya dasar acuan tak kena periuk tu so cantik la nanti dasar dia xlopong.





- Ulang proses sehingga habis bancuhan tepung tadi ye.






BAHAN-BAHAN INTI :-)
1 cawan parutan sengkuang
1 cawan parutan lobak merah
1 cawan parutan timun
3/4 cawan isi udang, dicincang halus
2 ulas bawang putih, dicincang halus
Garam dan gula secukup rasa



* ada orang letak kacang panjang tapi aida tak letak ye sebab dah terbiasa dari kecik makan mcm ni. Tapi kalau nk buat macam chicken rice shop tu dorang letak kacang panjang yang dihiris halus.

CARA-CARA
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali
- Tumis bawang putih sehingga naik bau
- Kemudian masukkan udang yang dicincang.
- Bila semua bahan dan sekata masaknya masukkan sayuran tadi. Goreng sehingga semua layu dan air sayuran ni kering. Perasakan la dengan garam kalau nk gula pun boleh tak nak pon tak apa



BAHAN LAIN :-)
Sos cili untuk dimakan bersama. Boleh juga guna sos cili brand nyonya tu lagi sedap... 





Pai Tee ni makan panas2 baru terangkat lah.. Kalau dah sejuk hilang sikit feel dia tu hehehehe...

Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment