Monday 23 February 2015

Bread Sushi Roll... Roti Sushi

Assalamualaikum...

Sushi kalau bg aida ni tak la addicted sangat.. And ada certain sushi ja yang aida boleh makan. Yang lain tambah yang mentah2 tu tak brpa boleh nak masuk dlm tekak la hahahaha... Tapi ramai juga kan yang suka.. Tapi kalau tempura serius i loikkkeeee... hehehehe

Tapi sushi yang ni lain sikit... bukan apa sushi ala malaysia gitu hahahaha... Ni lebih kepada hidangan kanak-kanak tau.. Idea ni pon sebenarnya dpt masa anak2 main di Kidland Penang. Masa jd chef tu dorang kena masak sushi ni.. Sebab tu la jadinya n diorang suka so bnyk kali juga buat.


Cara nak buat pon senang je sebenarnya.. And kebanyakan anak2 aid dorang nak mkan dorang akan buat sndiri hahahaha sonang keje den.. Cuma yg rebus2 tu aida yang buatkan la.. Tak harap la dorang nak handle api air semua tu.. Beringat sebelum kena kan.. Insyaallah

BREAD SUSHI ROLL
Bahan2

Beberapa keping roti
Beberapa keping seaweed
Sosej - Direbus dan potong dua
Isi Ketam - direbus
Mayonis
Sos cili / tomato
Sayuran boleh juga nak letak kalau suka.. Tapi yang ni aida tak letak

CARA2
- Lenyekkan roti menggunakan penggelek.
- Letakkan roti atas seaweed tadi
- sapukan mayonis dan sos pada roti
- susun sosej dan isi ketam atas roti kemudian gulungkan roti tersebut.
- Boleh dipotong kepada 3 bahagian atau nak ngap terus pon boleh je hehehehe...Dah siap uollss



Ha senang ja kan.. Boleh la buat untuk anak2 uolls nanti ye... :)

Love Egg Sosej.... Sosej Telur Cinta

Assalamualaikum....

Ha dengar nama macam hebat ja kan nama makanan ni hahahahaha... iye2 je tulis nama.. Padahal makanan ni simple je kot.. Habuan breakfast...



Hidangan yang dihiasi indah dimasak dengan penuh kasih sayang heheheehe... Kemain lagi ye. Actually sosej telur je hidangan ni.. Cuma dikreatifkan buat bentuk love sosej tu. Ala aida lupa plak nak snap gambar macam mana nak buat bentuk love tu... Tak pe la kita google je la kan...

Ha dah dapat dah.. Pic cara2 nak buat sosej love ni aida ambil dr blog haslizalizz... pinjam pic ye darlink..

Bahan2
Sosej
Telur
Lada hitam / putih
Mixed Herbs
Lidi.

Cara-cara
- Belah sosej kepada 2 bahagian (Aida rebus dulu sekejap sebab nak bg mask n tak nak pecah masa nak pusing. Kemudian pusingkan dan cantumkan hujung sosej. Pin kan guna lidi kayu


- Bentuk dia akan jadi love cam ni la


- Susun dalam kuali..


- Masukkan sebiji telur ke dalam sosej td. Perasakan.  Tutup pan td dengan penutup supaya telur dpt masak dengan sempurna.



Dah siap.... siap untuk dihidangkan....

Thursday 12 February 2015

Kek Pisang Moist.. Sedap giler..

Assalamualaikum...

Klau sebelum ni kita makan kek pisang ada certain tu rasa kering je tekstur dia kan. Aida pon banyak kali juga pernah masak kek pisang tapi resepi kali ni memang resepi yang terbaik kot rasanya.

Kek ni sangat la moist.. Memang tak cukup buat seloyang hehehehe... Tapi nak hasilkan kek pisang yang cantik tipsnya pisang tu harus dilenyek jangan diblend. sebab bila kita blend warna kek tu tak jadi gelap.. Dia akan cerah.. So nampak pucat la..



KEK PISANG MOIST

4 biji telur
1 cawan gula castor
1 cawan minyak

mix semua bahan ni sampai kembang

-5 biji pisang emas - lecek dan masukkan dalam bancuhan telur.
- kemudian masukkan
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil soda bikabonat
1 sudu kecil baking powder

gaul rata semua hingga sebati dan bakarpada suhu 150 selama 40 min atau sehingga masak.


Selamat mencuba

Apam Dewa


Assalamualaikum....

Hari ni kita story pasal apam ye.. Apam actually banyak sangat resepi dia.. Sampai tak terlarat nak buat hehehehe.. Tak pe la nanti aida masukkan satu persatu ye...

Ni nak cita pasal apam dewa. Apam ni rasa oren2  sebab ada masukkan sunquick. Kira mcm apam oren la gitu hehehehe... Actually memang sedap gak apam ni. Yang paling penting simple je nak buat dia.. Yang tu yang paling orang suka kan hehehehe


APAM DEWA

6 biji telur
1 sudu besar sunquick
1 1/2 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar ovallette
beberapa pewarna kesukaan



CARA

Pukul telur, ovallette dan gula hingga kembang masukkan sunquick


Masukkan tepung sedikit demi sedikit




pukul lagi sampai rata dan bahagikan ikut warna kesukaan



Masukkan ke dalam loyang yang telah digris berselang seli mengikut warna


Ulang proses sehingga habis


Lorekkan menggunakan lidi untuk membuat corak





Kukus apam ni sehingga masak.. Lebih kurang 30 min




Dah selesai boleh ngap hehehehe... selamat mencuba