Monday 23 February 2015

Bread Sushi Roll... Roti Sushi

Assalamualaikum...

Sushi kalau bg aida ni tak la addicted sangat.. And ada certain sushi ja yang aida boleh makan. Yang lain tambah yang mentah2 tu tak brpa boleh nak masuk dlm tekak la hahahaha... Tapi ramai juga kan yang suka.. Tapi kalau tempura serius i loikkkeeee... hehehehe

Tapi sushi yang ni lain sikit... bukan apa sushi ala malaysia gitu hahahaha... Ni lebih kepada hidangan kanak-kanak tau.. Idea ni pon sebenarnya dpt masa anak2 main di Kidland Penang. Masa jd chef tu dorang kena masak sushi ni.. Sebab tu la jadinya n diorang suka so bnyk kali juga buat.


Cara nak buat pon senang je sebenarnya.. And kebanyakan anak2 aid dorang nak mkan dorang akan buat sndiri hahahaha sonang keje den.. Cuma yg rebus2 tu aida yang buatkan la.. Tak harap la dorang nak handle api air semua tu.. Beringat sebelum kena kan.. Insyaallah

BREAD SUSHI ROLL
Bahan2

Beberapa keping roti
Beberapa keping seaweed
Sosej - Direbus dan potong dua
Isi Ketam - direbus
Mayonis
Sos cili / tomato
Sayuran boleh juga nak letak kalau suka.. Tapi yang ni aida tak letak

CARA2
- Lenyekkan roti menggunakan penggelek.
- Letakkan roti atas seaweed tadi
- sapukan mayonis dan sos pada roti
- susun sosej dan isi ketam atas roti kemudian gulungkan roti tersebut.
- Boleh dipotong kepada 3 bahagian atau nak ngap terus pon boleh je hehehehe...Dah siap uollss



Ha senang ja kan.. Boleh la buat untuk anak2 uolls nanti ye... :)

No comments:

Post a Comment