Sunday 22 March 2015

Kerabu Kerang & Tauge

Assalamualaikum....


Aida suka sangat dengan kerabu taugeh dengan kerang ni.. Tak tahu la kenapa tapi memang best. Cuma dulu di sabah agak susah la nk buat sebab susah nk jmpa kerang huhuhu... Sekarang ni mcm ok skit la ada dah jual tapi kan jenis besar2.. Kerang bulu kot orang panggil kan

Ada juga la beli dua tiga kali kalau jmpa sebab dah teringin.. 1 bungkus rm5 tapi dh kerang tu besar dapat dalam 10 ketui je la kot... Lagi pun kalau kerang bulu ni kan liat sikit kerang dia so xfeel sangat la nak makan hehehehe....

Sapa yang suka makan tu boleh la tengok resepi nanti leh try...

KERABU TAUGEH DAN KERANG
Cili hidup
Belacan
Garam
Kerisik
halia- ditumbuk
Beras disangai dan ditumbuk / blend kering
Air perahan limau
santan
Taugeh - dicelur sekejap
Kerang - direbus dan ambil isi

Cara-cara
1- Tumbuk cili, belacan dan garam sehingga lumat
2- Gaulkan bersama kerisik,halia, santan dan asam limau
3- campurkan taugeh dan kerang masukkan beras yang ditumbuk... perasakan....

Simple je kan.. Yang paling best sedap kot.. Jangan lupa cuba ye...

Sunday 15 March 2015

Cheewy Cheese Ball

Assalamualaikum...

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi ini... Zaman sekarang ni apa yang aida perasan la mengenai makanan... trend sekarang ni cheese kan.. semua makanan  kalau boleh nak boh cheese... Sampaikan murtabak pon sekarang dah ada cheese hehehehehe...

Tapi okla kiranya kita mempelbagaikan juadah mengikut peredaran masa.. Tak la statik ja kat situ kan.


Kali ni nak share pasal cheewy cheese ball... Sedap kot.. Dah tak payah nk p kfc dah.. Dah boleh buat kat rumah.. Tak gitu.. Sep bajet hahahahaha..

Yang ni totally guna kentang.. Kalau nk extra sedap boleh minced kan daging ayam.. So campur sekali... Memang lg marvellous...

CHEEWY CHEESE BALL
-Ubi kentang - rebus letak garam sikit dan lenyek
-Campurkan kentang dengan tepung gandum dan lada hitam... Sukatan tu aida main agak2 ye.. Agak dah boleh kepal tu ok la..
-Dah sebati leperkan bancuhan tu kemudian masukkan cheese d tengah2 dan tutup bulatkan balik.
- Kemudian celupkan dalam telur dan celup pula dalam serbuk roti.. Boleh lah digoreng.

Yummy....

Untuk chesse ni aida gunakan mozarella... Kalau nak guna cheddar pon boleh.. Nak campur dua2 pon boleh.

Selamat mencuba... :)

Monday 9 March 2015

Brownies Simple Tanpa Telur

Assalamualaikum....

Ramai sekarang ni dah kenal apa tu brownies kan... Brownies pon tak jauh beza dengan kek sebenarnya. Aida suka juga brownies especially coklat.. Perghhh mantap kot...

Kebanyakan brownies atau kek atau mufin semuanya akan ada telur dalam bancuhan dia kan. Tapi ada certain orang yang tak boleh makan telur sebab alergy. So kali ni aida nak share kat korang resepi brownies tanpa telur... Yang pasti hasil dia sangat memuaskan...

Benda plak senang nak buat.. So tak ada alasan korang tak nak buat ye.. NO EXCUSE hehehehehe...


Jom kita tgok resepi brownies tanpa telur ni...

Bahan A
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil tepung jagung
1/2 sudu kecil soda bikabonat
secubit garam
3/4 cawan gula
1/2 cawan serbuk koko

Bahan B
1 cawan susu cair
2 sudu besar susu pekat manis
1/4 cawan mentega dicairkan
1 sudu kecil esen vanila

CARA-CARA
-Panaskan oven dalam 10 minit
- Ayak semua bahan A
- Satukan bahan B dalam bekas berasingan
- Masukkan bahan A ke dalam bahan B dan kacau perlahan-lahan hingga sebati
- Tuang dalam loyang yang telah disapu dengan butter dan bakar pada suhu 160 C selama 30 minit atau sehingga masak.Emotikon hear


Sedapnya lah hai... Rugi kalau uolls tak cuba... okies.. I out dulu.. Byeeeeee

Wednesday 4 March 2015

Kek Coklat Moist Simple....

Assalamualaikum...

Siapa sini suka makan kek... especially kek coklat.. Ha ni nak cita sikit... Kek coklat memang sedap kot... Anak2 aida pon kalau minta birthday kek mesti nak yg coklat.. Memang tak la nak jenis lain hehehehe...

So sebab itula aida akan try banyak jenis kek coklat. salah satu daripadanya resepi yang akan aida share ni.. Aida suka buat resepi ni sebab bahan dia simple n yang paling penting cara nak sediakan kek ni senang kot... Hehehehe... Kalau ada yang malas lgi nak buat tak dapek den nak nolong hehehehe....

Kek ni versi kukus la.. Tapi tahap kemoistan dia tu... ha nampak x  ayat yang ntah apa-apa tu hahahahaha... tahap kelembapan kek ni agak memberansangkan lah...


Apa yang penting kek ni mudah nak buat.. Bagi anak kecik buat pon boleh aih hahahaha.... Ok kita tengok resepi ek...

KEK COKLAT MOIST SIMPLE

Bahan Ayak
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil soda bikabonat

Bahan Blender
4 biji telur
1 cawan gula

Bahan Lain
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak mazola / daisy
1 cawan air panas

CARA-CARA
1- Blend bahan blender hingga berbuih dan kembang
2 - Dalam bekas lain, campurkan susu bersama bahan ayak dan gaul rata
3- Satukan bahan blender bersama bahan ayak tadi. Gaul guna senduk
4- Masukkan minyak dan gaul rata sampai berkilat
5- Masukkan air panas sambil kacau rata
6- Kukus selama 1 jam atau sehingga masak.....

Ok uolls dah boleh cuba di rumah ye....