Monday 9 March 2015

Brownies Simple Tanpa Telur

Assalamualaikum....

Ramai sekarang ni dah kenal apa tu brownies kan... Brownies pon tak jauh beza dengan kek sebenarnya. Aida suka juga brownies especially coklat.. Perghhh mantap kot...

Kebanyakan brownies atau kek atau mufin semuanya akan ada telur dalam bancuhan dia kan. Tapi ada certain orang yang tak boleh makan telur sebab alergy. So kali ni aida nak share kat korang resepi brownies tanpa telur... Yang pasti hasil dia sangat memuaskan...

Benda plak senang nak buat.. So tak ada alasan korang tak nak buat ye.. NO EXCUSE hehehehehe...


Jom kita tgok resepi brownies tanpa telur ni...

Bahan A
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil tepung jagung
1/2 sudu kecil soda bikabonat
secubit garam
3/4 cawan gula
1/2 cawan serbuk koko

Bahan B
1 cawan susu cair
2 sudu besar susu pekat manis
1/4 cawan mentega dicairkan
1 sudu kecil esen vanila

CARA-CARA
-Panaskan oven dalam 10 minit
- Ayak semua bahan A
- Satukan bahan B dalam bekas berasingan
- Masukkan bahan A ke dalam bahan B dan kacau perlahan-lahan hingga sebati
- Tuang dalam loyang yang telah disapu dengan butter dan bakar pada suhu 160 C selama 30 minit atau sehingga masak.Emotikon hear


Sedapnya lah hai... Rugi kalau uolls tak cuba... okies.. I out dulu.. Byeeeeee

No comments:

Post a Comment