Monday 15 June 2015

Choc Chip Cookies ala Famous Amos

Assalamualaikum....

Tak lama dah ni lagi seminggu ja nak masuk Ramadhan... Apa lagi bila nak masuk bulan puasa ni sibuk la mencari resepi2 biskut untuk raya nanti kan...

Uolss cam ne ye.. ada yang suka tunjuk ja ada yang suka buat sebab dpt lebih banyak n jimat.. Lebih puas hati sebab air tangan sendiri kan




Jadi yang mana nk buat cookies sendiri leh la skodeng2 ye.. Bnyak resepi yang akan di share.. N banyak lagi yang akan dicuba..

CHOC CHIP COOKIES ALA FAMOUS AMOS

Bahan A
200 gm mentega
50 gm shortening
70 gm gula pasir
90 gm gula perang
1 sudu teh esen vanila
1 biji telur + 1 kuning telur + 1 sudu besar susu cair

Bahan B (satukan kesemua bahan)
330 gm tepung gandum
10 gm serbuk koko
30gm susu tepung
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
100gm choc chip
100 gm coklat susu-sagat
80 gm almond nib / almond flake
60 gm cornflakes - diramas

Cara2
-pukul mentegga, shortening, kedua2 jenis gula hingga kembang dan berkrim..
- bila dah kembang masukkan telur
- campurkan bahan B  ke dlm bahan A
- bentukkan dan bakar pada suu 160 c selama 20-25 min.. Terpulang pada kepanasan oven masing2.

Selamat mencuba....

No comments:

Post a Comment