Monday 15 June 2015

Siput Lala Masak Cili


Assalamualaikum......

Siapa sini penggemar makanan laut... Siput2 ni semua.. Ni kalau aida panggil siput lala... Tapi banyak juga negeri lain panggil nama lain.. Yang biasa aida dengar siput retak seribu.. Tapi tak pasti la negeri mana


Dulu di sabah memang xpernah jumpa siput lala... Kempunan ja bila rasa nak makan.. Siput ni pula bermusim.. Bila kena time balik penang nak cari Subhanallah punya susah la nak dapat.. Pi la merata cerok semua tak dak.


Sekarang dah balik sana ha ambik kau... Puas hati makan lala.. Sampai dah xkisah kalau nampak pon.. Hahahaha... Dulu tak leh tengok...



LALA MASAK CILI

Bahan2
1 kg siput lala
segenggam cili kering - rebus dan kisar
1 labu bawang besar - kisar
1 batang serai - titik
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
garam
gula


Cara-cara
- panaskan minyak, tumis cili tadi sehingga masak bersama serai
- masukkan sos cili dan tomato dan garan n gula
- masukkan siput tadi tutup tudung periuk biar seketika


Bila air tumisan tadi dah start mengering boleh la tutup api dan hidangkan...


Dah selesai siput lala masak cili.. Simple je sebenarnya.. And aida lebih sukakan masak cili dari rebus cam tu ja.. Lagi nikmat makan rasanya.. Pada yang belum cuba boleh try pas ni k..

No comments:

Post a Comment