Friday 10 July 2015

Asam Pedas Ikan.... @ Asam Tumis Ikan


Assalamualaikum....

Ha ni nak story pasal nama menu ni... Nak cerita kenapa ada dua.. hehehehe... Aik sebelum tu apa khabar ye uolls.... Lupa plak kan... Semangat giler la tu nak start entri hahahahaha... Konon la kan.. 


Sebenarnya kalau di utara atau di tempat saya la kan... kami xpanggil yang ni asam pedas.. Kami panggil asam tumis sebab nak masak ni kena menumis. Kalau asam pedas jenis rebus je dan jenis cair. Asam pedas tak sepekat kuah ni..

 Tapi sebelah selatan panggil asam pedas yang ni.. Sebab tu la aida masukkan kedua2 nama.. Nanti aida share kan resepi asam pedas utara plak ye so korang boleh bandingkan macam mana. So entri kali ni kita share dulu asam pedas selatan ni aka asam tumis utara....


BAHAN-BAHANNYA :-)

3 - 4 ekor ikan kembong saiz besar
10 batang bendi, cuci dan toskan
15 biji tomato ceri
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
1 genggam daun kesom, cuci dant toskan
1 1/2 senduk nasi cili kisar
3/4 camca teh lada hitam, tumbuk halus
1 kiub pati ikan bilis
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
3/4 camca besar pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya



BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
2 keping hirisan halia
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
2 biji cili merah, dibuang biji



CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Ikan disiang, cuci bersih dan toskan (terpulang pada anda sama ada nak kerat dua ikan tadi atau tidak, che mat biarkan saja seko2). Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan), tums hirisan bawang merah dan putih hingga wangi dan perang.
  2. Masukkan bahan2 kisar halus dan masak hingga harum, tambah cili kisar dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa dan kacau rata.
  3. Tuang air secukupnya (anggaran 1 liter), kacau rata dan biar mendidih. Tambah kiub ikan bilis (hancurkan), lada hitam tumbuk, bendi dan bunga kantan. Masak sekejap dan masukkan ikan. Kacau perlahan, masukkan daun kesom. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikt gula. Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan telur dadar.






So kalau asam pedas selatan ni dia jenis pekat. Kalau kena dengan nasi ok la. Macam aida jenis yang tak boleh makan nasi kalau nasi tu xbertukar warna hehehehe... Sebab tu la xminat kalau buat sup dan sejenisnya la sebab xberwarna. Tak feel sebab rasa maca makan nasi kosong. hehehehe





Kalau nak makan sup mesti ada lauk lain yang berkuah untuk letak atas nasi supaya nasi bertukar warna... Pelik kan hahahaha. Tapi jodoh kan dapat husband pon spesis tu juga hahahaha... So tak de hal la sama ja selera kami kikiki




Kalau nak makan lauk jenis asam pedas atau asam tumis ni sebenarnya lebih sedap kalau masam2 sikit. Bagi aida la. sebab baru naik rasa dia.. Kalau tak masam tak sesuai la nama menu ni kan.. Nama pon dah ada nama asam so kena la masam2 hehehehe.. tui kan





Ok uolls.. dats all for entri kali ni.. Len masa kita jumpa lagi noh.... Nak p settle rumah plak.. BUlan posa ni masa terhad... Cuti nanti nak buat biskut raya plak... Hurmmm Ok Byeeee

No comments:

Post a Comment