Thursday 9 July 2015

Ayam Masak Hitam Mamak


ASSALAMUALAIKUM.....

Ha tetiba caps lock is on hahahahaha... bior je la.. rare skit sekali sekala kan.. ni standard ja kan hehehehe... So uolls apa menu tuk hari ni... Pening kan kita ni sebagai ibu dan isteri nak memikirkan menu masakan hari2 hahahaha... Tak nak la masak benda yang sama nanti jemu plak kan.. Nak pelbagaikan pon kena tgok bahan pula kadang ada yang tak ada di rumah tu...



Aida suka masak hitam mamak ni.. Wangi n sedap.. Kali ni aida buat ayam. Kalau buat daging pon sedap gak. Nanti kalau aida buat yang daging aida update pula ye tapi resepi dia sama ja.. cuma tukar bahan utama ja.



AYAM MASAK HITAM MAMAK
Bahan2
ayam - letak garam kunyit dan goreng
bawang besar - kisar
cili kering - kisar
bunga lawang
kulit kayu manis
bunga cengkih
pelaga
daun kari
kicap pekat manis
garam
gula

CARA2
- panaskan minyak,masukkan semua rempah, daun kari dan  tumis bawang dan cili kering yang dikisar hingga wangi dan pecah minyak
- kemudian masukkan kicap pekat manis dan kacau rata.
-dah sebati dan kuah agak kering masukkan ayam yang digoreng tadi.. kacau rata.
- sedia dihidang





Menu ni kalau aida buat en husband memang xkalih lain dah la.. dia ja dok pulun makan.. memang dia suka masak hitam ni.. Dari dulu sampai sekarang hehehehe... Kalau korang nak tambah tomato ka cili hijau, cili merah boleh ye uolls... Kali ni aida tak letak.. Kadang letak juga sebagai penyeri hehehehe



Memang meletopp uolls.... selamat mencuba

No comments:

Post a Comment