Sunday 5 July 2015

Kurma Ayam

Assalamualaikum....

Alhamdulillah dah hari ke 19 kita berpuasa hari ini. Alhamdulillah masih diberi kesempatan bernafas di muka bumi ini.. masih diberi kesempatan untuk berpuasa untuk tahun ini.. masih diberi kesempatan bersama anak2 dan suami...

Makin lama kita berpuasa makin hilang idea nak masak apa.. Dah tak tahu sebenarnya. Bila ditanya pula dengan anak2 dengan suami masing2 kata tak tau.. Ha bila jawab tak tau tu la lagi la pening nak pikir.. Kalau bgth senang skit keje hahahaha....


kali ni simple je.. Masak kurma... Maaflah kualiti gambar pon xelok mana.. Gambar tangkap muat ja hahahaha... Pakai handset cap ayam.. Dah lama xsnap guna kamera sebab kan memory kad rosak huhuhu... So terpaksa la guna handset je...

Jomkita tengok resepi kurma ni ye.. resepi yang sama cuma boleh digantikan dengan telur.. klau telur just rebus dulu telur tu then dah masak kuah masukkan telur dlm kuah..

KURMA AYAM
Bahan2
ayam
rempah kurma
cili hidup
asam keping
santan
halia- hiris
bawang besar - kisar
bawang putih - kisar
kulit kayu manis
bunga lawang
bunga cengkih
pelaga
kentang - belah 4

Cara2
- tumis bawang merah, bawang putih, halia, bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan pelaga hingga naik bau
- rempah campur dengan sedikit air dan gaul
- bila bahan tumisan dah layu n wangi, masukkan rempah tadi. Masak sehingga rempah garing dan pecah minyak
- kemudian masukkan santan dan ayam dan bahan lain. Masukkan asam keping dan perasakan.



dah settle.. Ni resepi simple sebenarnya.. Ada certain orang dia suka letak kerisik.. So kalau korang nak try letak kerisik pon boleh juga.. Terpulang pada citarasa masing2.. 

selamat mencuba


No comments:

Post a Comment