Sunday 5 July 2015

Masak Lemak Labu Kuning

Assalamualaikum...

Apa khabar uolls... Hari ni aida ngantuk sangat... Tak cukup tdur la katakan.. Biasala musim2 bulan puasa ni rasanya memang semua orang tak cukup tdur kan.. Mana dengan tdur lewat bangun pula tuk masak sahur.. dah tu siap p kerja.. Balik keje petang sambuang masak tuk berbuka pula.. kemas rumah basuh pinggan tgh malam pula tdur.. Cam tu la rutin semua yang bergelar isteri dan ibu kan


So semalam juadah berbuka kami simple je sebenarnya... Labu kuning masak lemak dengan ikan terubuk pekasam... Walaupun simple tapi memang terangkat lah rasanya.. Suami n anak2 tambah nasi banyak kali.. 

Alhamdulillah.. Suka tengok bila dorang berselera mcm tu.. Hilang segala penat lelah berkungfu di dapur tu hehehehe... Sebab dorang memang suka masak lemak labu ni


Resepi yang simple pon akan bertambah sedap kalau lauk tambahan yang lain tu kena dengan selera n masuk dengan rasa juadah satu lagi.. Nak buat lauk pon kena tgok juga mana yang sesuai dengan tak.




Labu kuning ni pon sekarang ni dah mahal dari dulu.. Biasa la zaman sekarang semua benda pon mahal kan hehehhe... Ok jom sapa2 yang belum tahu cam na nak masak labu ni jom skodeng dulu ye..




MASAK LEMAK LABU KUNING

Bahan2
labu kuning
santan
udang kering
cili hidup
garam
gula
serbuk kunyit



Cara2
- masukkan kesemua bahan ke dalam periuk. Kemudian didihkan api.
-bila labu dah lembut boleh lah ditutup api dan dihidangkan




Ha simple ja kan resepi masak lemak labu ni.. Cara masak macam ni orang panggil tumis darat. Tak tahu la kenapa panggil macam tu heheheh tak selidik pulak. Aida makan masak lemak ni dengan pekasam terubuk perghhh memang terangkat..


Ha nampak tak tu... Meleleh air liur tu.. Sedap kot pekasam terubuk ni sebab kan terubuk lemak2 manis.. Kena dengan masam masin tu memang tak dapat dilupakan hehehehe... tulang pon xnampak dah... Hehehehe






No comments:

Post a Comment