Sunday 23 August 2015

Nasi Lemak Kuning...


Assalamualaikum...

slalu kita biasa dengar nasi lemak... Memang slalu la kan kita makan nasi lemak.. Dah macam makanan ruji kita dah rakyat malaysia ni... 

Selalu juga kita dengan nasi lemak pandan  kan... Nasi  lemak pandan of course la warna hijau. selain bau nasi lemak yang wangi tambah pula dengan wangi pandan tu memang terangkat la selera kan... 



so kali ni aida nak story pasal nasi lemak kuning dulu. Sebenarnya nasi lemak kuning ni cukup glamor la kat hometown aida PARIT BUNTAR. Memang dari dulu sampai sekarang cukup glamor ah nasi lemak kuning tu. kalau dulu kul 10 am jangan dok p cari la memang dah habis



Tapi baru ni aida p maybe dia dah buat banyak kot atas permintaan.. Tengahari pon still ada lagi.. Tengok sambal pon dok topup lagi masa kami p makan tu.. so ok la atleast yang lambat sampai pun still boleh lagi makan nasi lemak kuning tu..



Teringin punya pasal so kita try la buat sendiri nasi lemak kuning. Kalau di parit buntar tu dia memang tak aa telur rebus. Memang akan dapat telur mata. So ada juga lauk sampingan yang boleh diambil kalau nak extra...



NASI LEMAK KUNING
Bahan
3 cawan beras
2 cawan santan
2 cawan air
1/2 sudu besar halba (tak letak pon boleh)
1 helai daun pandan
1 cm halia - hiris
1 batang serai - titik
2 biji bawang merah - hiris
1 sudu minyak + 1 sudu minyak sapi
garam



CARA-CARA
-Panaskan kedua-dua minyak dan tumis bawang, halia hingga wangi.
-Masukkan sedikit air dan santan dan kacau hingga pecah minyak.
- Apabila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai dan garam
-Tanak nasi seperti biasa

p/s - klau nak sedap letak safron lepas nasi dan nak masak. Masukkan safron dan gaul rata. Kalau tak ada safron masukkan serbuk kunyit masa tumis santan supaya nasi xbau kunyit....




SAMBAL NASI LEMAK
segenggam cili kering - rebus dan kisar
1 labu bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
air asam jawa / asam keping
belacan
ikan bilis - kisar halus
garam
gula

Cara-cara
- panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga garing dan pecah minyak
- kemudian masukkan semua bahan lain tumis sehingga masak
-perasakan secukup rasa...






Untuk ikan bilis tu macam biasa la kan just uolls goreng ja sampai rangup.. Masak keseluruhan.. Then simpan dalam bekas kedap udara supaya kerangupan ikan bilis tu tahan lama.. Tu je.. Ada certain orang dia kata jangan basuh baru la rangup.. Tapi kalau aida, i still juga basuh... Rangup ke tidak rasanya bukan depends on basuh ke tidak tapi fresh ke tidak ikan bilis yang kita beli tu. Sebab aida basuh tapi still rangup macam biasa... Kalau ikan bilis tu lama uolls tak basuh pon still xrangup... So kena pandai tengok ya uolls


Kalau ikutkan style nasi lemak kuning di parit buntar tu sambal tumis nasi lemak dia jenis cair2.. So terpulang la kat korang nak macam mana ye.. Nak cair pon boleh nak pekat pon boleh. Terpulang pada selera masing2 sebab tekak sendiri yang nak makan kan hehehehe
















Banyak nau pula rasa snap gambaq hahahahaha... Snap nak cari mana yang best tapi jadi sayang nak buang.. Layan jela no hahahahaha

Selamat mencuba...
Bye

No comments:

Post a Comment