Tuesday 20 October 2015

Congo Bar

Assalamualaikum....

Beberapa hari lepas aida ada update resepi ni dalam fb.. Ramai juga yang share2.. Ada yang kata susah nk dapatkan resepi ni.. Tapi rasanya ramai ja yang pernah share cuma maybe masa tu kita tak perasan ataupun tak alert pasal menu ni



Congo bar ni pon macam musim juga.. Kejap glamor kejap surut hihihihi... Sama macam brownies la... Satgi tukar nama glamor balik hahahahaha... So resepi yang aida share ni agak simple la nak sediakan. Tak rumit.. So korang leh la try nanti bila free no...


Meh kita tengok resepi dia k

CONGO BAR
Bahan A
150 gm mentega
210gm gula perang

Bahan B
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Bahan C
315 tepung naik sendiri
1/4 cawan choc chip
1/4 cawan almond flakes (sangai)

Bahan hiasan
choc chip
almond flakes

Cara-cara
- Pukul bahan A selama 2 min
-Kemudian masukkan bahan B. Pukul lagi lebih kurang 1 minit
- Masukkan bahan C. Kaup balikkan
-Griskan loyang. Aida guna spring form. Boleh juga alas kertas baking 
-Masukkan adunan ke dalam loyang. Taburkan almond flakes dan choc chip atas adunan tu
-Bakar selama 30-35 minit suhu 160-170

Bawah ni aida sertakan gambar step by step macam biasa



















Ha tudia dah keluar oven dah... hihihi... Lawa dak... Sedap uolls bukan nak kata la.. Anak2 memang tak sabar dah... Sat ja habis huhuhu tak sempat nak tunggu lama








Jangan lupa cuba no..... Bawah ni video tutorial.. Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment