Monday 19 October 2015

Daging Masak Merah


Assalamualaikum...

sapa sini suka makan daging masak merah... Ha selalu makan kat kedai kan... Tapi bukan semua kedai sedap ye dak... Ada yang buat dah jadi macam daging masak cili dah... Macam sambal daging... Normally yang nak sedap pon kat kedai tomyam je la kan.



Aida kalau p kedai tomyam memang ni antara menu utama la yang akan aida order... Daging masak merah dengan tomyam campur.. Ha yang tu la menu wajib. Tapi tu la kalau makan kat kedai tuk sorang makan pon dah rm5- rm6 kena caj kan. Tu pun alahai kadang ada la dalam 6 keping ja daging dalam tu huhuhu.... Nak puas hati meh kita buat sendiri jom...


DAGING MASAK MERAH
Bahan
500gm daging
1 biji bawang besar - hiris
1 biji capsicum - potong dadu
1 cm halia - ketuk
2 ulas bawang putih - ketuk
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
garam secukup rasa

CARA-CARA
-rebus daging dengan sedikit pewarna merah.. Terpulang samada nak rebus terus seketul daging tu atau nak hiris dulu
- panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, halia hingga naik bau.
-masukkan semua sos dan gaul rata
-tambah sedikit air rebusan daging tadi.
-masukkan daging dan perasakan. Kemudian boleh la masukkan capsicum atau hiasan lain yang disukai..

Bawah ni aida ada sertakan step by step untuk rujukan uolls k...









Tahap ni aida lupa nk snap gambar letak air rebusan daging... So faham2 la no hehehehe... step tu je tertinggal...



Hurm... alhamdulillah pasni uolls dah boleh buat dah daging masak merah sendiri kat rumah.. Dah boleh jimatkan duit dah kan and lagi berkat la kita bagi family makan dengan air tangan sendiri. Insyaallah.... Mudah2an semua berjaya ya sebab menu ni simple je... hehehehe



Bawah ni video tutorial macam biasa yang aida upload di you tube.. Sapa nak layan video boleh klik je kat bawah ni k....

Happy Watching....

No comments:

Post a Comment