Sunday 11 October 2015

Dried Chilli Chicken... Ayam Masak Cili Kering



Assalamualaikum....

Apa khabar semua geng alam maya... Alam ghaib pon boleh gak no hehehehe.... Yela xpernah kenal xbersua muka xbertegur sapa.. Hanya i ja dok merapu sorg dlm entri ni kan....



Kali ni mai nak story pasai ayam cili kering.... Nama glamor Dried Chilli Chicken... Ha kelas ko jahhhh.... Dia pon ada nama glamor tau...



Ok jom tengok resepi dia....

DRIED CHILLI CHICKEN

Bahan
1 keping dada ayam
1 sudu kecil tepung jagung
2 sudu besar sos tiram

-Perap semua bahan ni selama 15 minit kemudian goreng. Tak perlu garing ye kawan2

SOS
1/4 stok ayam
1 sudu kicap manis
2 sudu sos cili
1 sidi gula
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan sdkit air)

BAHAN TUMIS
8 tangkai cili kering - potong
2 biji bawang putih - dadukan
2 cm halia - hiris

BAHAN LAIN
Cili hidup - potong dadu
Bawang besar - potong dadu

CARA-CARA
- panaskan minyak, boleh campur minyak bijan jika suka, Masukkan bawang putih dan halia. Tumis hingga naik bau
- masukkan cili kering. Goreng sehingga cili agak garing.. Hati2 jangan sampai hangus ye
- Masukkan stok ayam dan bahan sos
- masukkan bancuhan tepung jagung... Kacau sebati hingga kuah memekat
- Masukkan ayam, bawang dan cili hidup
- Bila semua dah sebati boleh tutup api dan hidangkan



Antara bahan2 yang diperlukan.....


Ayam + tepung jagung + sos tiram. Satukan semua bahan ni


gaul semua biar sebati dan perap jap dlm 15 minit


Goreng ayam yang dah diperap ni.. Tak yah garing sangat k


Dah goreng ketepikan seketika ye sementara kita buat sos pula


Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau


Kemudian masukkan cili kering. Tumis hingga cili agak garing.. Tapi jangan sampai hangus tau nanti pahit pl sos kita tu


Masukkan stok ayam


kemudian masukkan bahan sos.. Kacau rata


Masukkan bancuhan tepung jagung. 


Kemudian masukkan ayan yang telah digoreng tadi


Then masukkan cili dan bawang sebagai hiasan....


Taraaaaa..... dah pun siap.. simple je kan sebenarnya...





Hidangan ni sebenarnya hidangan chinese. Orang la cakap dekat aida.. Tapi aida sendiri tak pasti la sejauh mana kebenaran dan sebenarnya hidangan ni asal dari mana... Tak kisahla kan janji benda sedap boleh jamu suami n anak2 makan dah cukup.. Yang penting air tangan sendiri.. Berkat gitu hehehehe



Ok selamat mencuba ya uolls.... Yang mana nk tengok tutorial secara video boleh klik video kat bawah ni k... boleh la layan... Tapi sama ja dengan step by step yang aida buat ni hehehehe...




Byeeeeeeee

13 comments:

  1. Dah cuba, sedap, tk bebanyak2

    ReplyDelete
  2. turn out well and tasty! thank you so much!

    ReplyDelete
  3. Xyah letak capsicum ke?? Bkn lagi naik rasa ke bila letak capsicum...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes btul letak capsicum lg gerek rasa dia....tp xpe la... ikut tekak memasing... btw i mesti letak capsicum lg mantap...

      Delete
  4. Wow..mmg best..baru je siap masak ni haha

    ReplyDelete
  5. Hye, stok ayam tu mcm mn just letak je ke

    ReplyDelete
  6. Hye, stok ayam tu mcm mn just letak je ke

    ReplyDelete