Monday 12 October 2015

Masak Lemak Ikan

Assalamualaikum....

Hari ni malas skit nak p keje.. Maklumla esok cuti kan hahahaha... So bila bermalas- malasan ni buka blog update hahahaha... tak bek oooo time keje.. tak pa sat ja no pasni sambung keje.. release tensen sat...


Rasanya ramai dah yang tahu macam mana nak masak masakan masak lemak cili api ni... Tapi jangan dilupakan pada yang baru nak belajar.. Kesian dorang yang mana nak belajar tapi tak ada pula yang share kan...

Kalau dulu aida di sabah selalu kawan tnya macam mana nak buat masak lemak yang best.. Sebab selalunya dorang buat akan cair...  So pada newby, moh kita belajar ye hehehe



Masak Lemak Ikan
Bahan
6 ekor ikan  
Santan pekat (aida guna santan kotak so pakai 2 kotak)
1 biji tomato- belah 4
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm kunyit hidup
2 batang serai
2 keping asam keping
5 biji cili padi

Cara-cara
- tumbuk atau blend bawang merah, bawang putih, 1 batang serai, kunyit hidup hingga lumat
-masukkan 1 sudu minyak dalam kuali then tumis dulu seketika bahan2 yang ditumbuk atau blend tadi dan sebatang lagi serai hingga naik bau
-kemudian masukkan sedikit air, santan, asam keping
- agak santan dan naik wap masukkan ikan dan tomato
-sentiasa kacau supaya tak pecah minyak.
-perasakan dengan garam dan gula... 



Dah siap.. dah boleh jamu keluarga makan hehehehe.. Simple je kan.. Tak susah mana pon.. Nak pekat letak santan pekat banyak2... Nak cair sikit tambah je air.. simple....

selamat mencuba....

1 comment: