Thursday 17 December 2015

Garlic Bread with Mushroom Soup


Assalamualaikum....

Sarapan apa korang hari ni ye. Aida bt simple2 je... Ada member hari tu minta resepi mushroom soup. So kali ni aida share kan resepi mushroom soup. Yang mana nak cuba nanti tu boleh la ye try.



Mushroom soup ni pon sebenarnya bnyak versi. Aida pernah cuba beberapa resepi. Kali ni aida nak share resepi ni.. Agak best juga resepi ni. Cuma tak ingt pula dapat dari mana resepi ni. By the way thanks ya owner resepi. Izinkan i share tuk orang lain pl ye.


MUSHROOM SOUP
Bahan
1 keping dada ayam
1500 ml air
500ml susu segar
1 kiub ayam
1 tin cendawan butang - hiris
garam secukup rasa
1 cawan tepung gandum
sedikit lada hitam (optional)

Cara-cara
-potong ayam kecil2 kemudian rebus hingga masak
-Masukkan susu dan kiub ayam
-Masak guna api slow ye. Karang terkeluar semua bahan tu hehehehe.
-Then masukkan cendawan. Biar sekejap
-Masukkan bancuhan tepung dan kacau hingga pekat
-Masukkan garam dan sdikit gula jika mahu
-Sedia dihidang bersama roti.



GARLIC BREAD
Bahan
Roti panjang
butter
bawang putih
parsli

Cara-cara
-ambil roti panjang tadi dah belah la ikut nak tebal mana. Ada certain orang suka guna roti john. Tapi aida tak suka sebab agak keras kulit dia. Aida suka ambil roti mcm roti hotdog tu.
-tumbuk bawang putih hingga sedikit hancur...
-campurkan bawang putih dengan butter. Gaul hingga sebati semua
- Sapu pada permukaan roti yang telah dipotong tadi. Tabur sedikit parsli
- Bakar atau grill atas pan



Simple je kan.. Sedap juga resepi ni. So bg uolls yang nak cuba buat sendiri mushroom soup leh la try resepi ni... Nanti kalau ada lagi yang baru kita eksperimen lagi hehehehe....

Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment