Tuesday, 14 July 2015

Gulai Ikan, Sambal Belacan, Sambal Nyok (Kelapa), Ulam


Assalamualaikum...

Entri kali ni nak share pasal lauk kampung.. masakan kampung.. sekali sekala kena best owh... Asyik ayam daging udang ja kan.. 

Menu hari ni spesel request from hubby.. Dia yang nak makan cam ni.. So i ikutkan jela selera dia kan.. Daripada pening kepala tak tahu nak masak apa.. Actually p market cari kepala ikan tapi yang ada dah xberapa fresh.. So xnak la satgi xbest.. Ambik jela ikan temenung ni hahahaha


Masak gulai ni atau kari ni ramai yang dah tahu kan.. Cuma cara masak ja lain 2 kot.. Tapi ada certain orang tak letak herba campur.. Kalau aida harus la ada benda tu.. Dulu di sabah sampai borong di kampung bawa balik sabah.. sebab kat sana susah nak dapat. Ada pun dekat gerai mamak di market.. kadang tak ada juga 


GULAI IKAN @ KARI IKAN
Bahan
Ikan
herba campur
bawang merah
bawang putih
daun kari
rempa ikan - bancuh dengan sedikit air jadikan paste
santan
air asam jawa
tomato - belah 4
bendi
terung 
garam
gula

Cara-cara
- tumis herba campur, daun kari, bawang merah dan putih hingga wangi
-masukkan rempah gaul rata.. biar hingga pecah minyak
-masukkan air asam jawa kemudian santan
- masukkan ikan dan bahan lain
-perasakan. Masak hingga didih atau ikan masak sepenuhnya


Gulai kalau makan kena dengan sambal baru la best kan.. So untuk kali ni aida buat dua jenis sambal sebagai hidangan. sebab en hubby nak sambal nyok.. aida pl xbrpa minta so layan sambal belacan.. sebab cam na pon memang kena buat sambal belacan hahahaha

SAMBAL BELACAN
Bahan
cili hidup
belacan - dibakar
garam
air asam

- tumbuk semua bahan kecuali asam... bila dah halus masukkan air asam gaul rata...


SAMBAL NYOK
guna sambal belacan gaulkan bersama kelapa mesin hingga sebati

Friday, 10 July 2015

Koey Teow Kungfu


Assalamualaikum....

Menu berbuka kali ni tak ada nasi.. Sebabnya anak kedua i kata asyik2 berbuka dengan nasi.. Dia tak mo makan nasi.. So buat la koey teow kungfu.. layankan tekak anak sebab puasa kan... Karang tak ikut dah tak nak puasa pula.. Ni tahun pertama dia puasa pada umur 5 tahun... Alhamdulillah dia puasa dengan jayanya...


Koey teow kungfu ni kalau aida suka pedas2 baru la masuk sebab kuah dia plain.. Tapi dah anak nak makan kan so aida letak sikit je dalam kuah selbihnya masa nak makan baru tambah tuk aida n hubby... Macam tu la selalunya lauk lain pon.. Banyak mulut kan nak kena ikut hihihi




Asam Pedas Ikan.... @ Asam Tumis Ikan


Assalamualaikum....

Ha ni nak story pasal nama menu ni... Nak cerita kenapa ada dua.. hehehehe... Aik sebelum tu apa khabar ye uolls.... Lupa plak kan... Semangat giler la tu nak start entri hahahahaha... Konon la kan.. 


Sebenarnya kalau di utara atau di tempat saya la kan... kami xpanggil yang ni asam pedas.. Kami panggil asam tumis sebab nak masak ni kena menumis. Kalau asam pedas jenis rebus je dan jenis cair. Asam pedas tak sepekat kuah ni..

 Tapi sebelah selatan panggil asam pedas yang ni.. Sebab tu la aida masukkan kedua2 nama.. Nanti aida share kan resepi asam pedas utara plak ye so korang boleh bandingkan macam mana. So entri kali ni kita share dulu asam pedas selatan ni aka asam tumis utara....


BAHAN-BAHANNYA :-)

3 - 4 ekor ikan kembong saiz besar
10 batang bendi, cuci dan toskan
15 biji tomato ceri
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
1 genggam daun kesom, cuci dant toskan
1 1/2 senduk nasi cili kisar
3/4 camca teh lada hitam, tumbuk halus
1 kiub pati ikan bilis
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
3/4 camca besar pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya



BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
2 keping hirisan halia
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
2 biji cili merah, dibuang biji



CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Ikan disiang, cuci bersih dan toskan (terpulang pada anda sama ada nak kerat dua ikan tadi atau tidak, che mat biarkan saja seko2). Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan), tums hirisan bawang merah dan putih hingga wangi dan perang.
  2. Masukkan bahan2 kisar halus dan masak hingga harum, tambah cili kisar dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa dan kacau rata.
  3. Tuang air secukupnya (anggaran 1 liter), kacau rata dan biar mendidih. Tambah kiub ikan bilis (hancurkan), lada hitam tumbuk, bendi dan bunga kantan. Masak sekejap dan masukkan ikan. Kacau perlahan, masukkan daun kesom. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikt gula. Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan telur dadar.






So kalau asam pedas selatan ni dia jenis pekat. Kalau kena dengan nasi ok la. Macam aida jenis yang tak boleh makan nasi kalau nasi tu xbertukar warna hehehehe... Sebab tu la xminat kalau buat sup dan sejenisnya la sebab xberwarna. Tak feel sebab rasa maca makan nasi kosong. hehehehe





Kalau nak makan sup mesti ada lauk lain yang berkuah untuk letak atas nasi supaya nasi bertukar warna... Pelik kan hahahaha. Tapi jodoh kan dapat husband pon spesis tu juga hahahaha... So tak de hal la sama ja selera kami kikiki




Kalau nak makan lauk jenis asam pedas atau asam tumis ni sebenarnya lebih sedap kalau masam2 sikit. Bagi aida la. sebab baru naik rasa dia.. Kalau tak masam tak sesuai la nama menu ni kan.. Nama pon dah ada nama asam so kena la masam2 hehehehe.. tui kan





Ok uolls.. dats all for entri kali ni.. Len masa kita jumpa lagi noh.... Nak p settle rumah plak.. BUlan posa ni masa terhad... Cuti nanti nak buat biskut raya plak... Hurmmm Ok Byeeee

Thursday, 9 July 2015

Ayam Masak Hitam Mamak


ASSALAMUALAIKUM.....

Ha tetiba caps lock is on hahahahaha... bior je la.. rare skit sekali sekala kan.. ni standard ja kan hehehehe... So uolls apa menu tuk hari ni... Pening kan kita ni sebagai ibu dan isteri nak memikirkan menu masakan hari2 hahahaha... Tak nak la masak benda yang sama nanti jemu plak kan.. Nak pelbagaikan pon kena tgok bahan pula kadang ada yang tak ada di rumah tu...



Aida suka masak hitam mamak ni.. Wangi n sedap.. Kali ni aida buat ayam. Kalau buat daging pon sedap gak. Nanti kalau aida buat yang daging aida update pula ye tapi resepi dia sama ja.. cuma tukar bahan utama ja.



AYAM MASAK HITAM MAMAK
Bahan2
ayam - letak garam kunyit dan goreng
bawang besar - kisar
cili kering - kisar
bunga lawang
kulit kayu manis
bunga cengkih
pelaga
daun kari
kicap pekat manis
garam
gula

CARA2
- panaskan minyak,masukkan semua rempah, daun kari dan  tumis bawang dan cili kering yang dikisar hingga wangi dan pecah minyak
- kemudian masukkan kicap pekat manis dan kacau rata.
-dah sebati dan kuah agak kering masukkan ayam yang digoreng tadi.. kacau rata.
- sedia dihidang





Menu ni kalau aida buat en husband memang xkalih lain dah la.. dia ja dok pulun makan.. memang dia suka masak hitam ni.. Dari dulu sampai sekarang hehehehe... Kalau korang nak tambah tomato ka cili hijau, cili merah boleh ye uolls... Kali ni aida tak letak.. Kadang letak juga sebagai penyeri hehehehe



Memang meletopp uolls.... selamat mencuba

Tepung Bungkus


Assalamualaikum....

Entry kali ni aida nak story pasal tepung bungkus.. Kuih yang paling aida suka... memang susah cari plak sekarang. Maklumla sekarang kalau kat town ni daun pisang pon kena beli...

Tetiba teringat masa tinggal di kepayan sabah dulu... Pokok pisang belakang rumah je.. Sampai tak tahu nak masak apa dah pisang tu hehehehe... Sebab banyak. Tapi setiap kali ambil mesti bahagi2 dengan jiran2... So tak la terasa sangat kan..

Time nak buat kuih tak ada masalah la.. Pegi je belakang rumah terus potong je daun tu. Tapi lepas pindah dari kepayan tu ha time tu memang kena beli la daun pisang. Sampai la sekarang balik penang lagi la susah nak cari... Memang kena beli ja ceritanya.


So sekarang ni kalau teringin buat je la kuih ni... Cuma nak kena p beli daun pisang je la hahahaha... So kalau korang pon teringin korang boleh buat sendiri la kna.. Tapi kan aida tak ada sukatan tau kuih ni sebab main letak je hehehehe... Tak pe next time kalau buat lagi aida try ukur nanti aida share lagi ye...

TEPUNG BUNGKUS
Bahan2
tepung beras
santan
garam
kelapa
gula melaka
tepung pulut
air secukupnya
daun pisang - layur atas api dan lap

CARA2
- masak gula melaka dengan air secukupnya.. 
-Bila gula dah hancur masukkan kelapa dan gaul rata. sejukkan
-bancuh tepung pulut dengan air secukupnya dan bulatkan kecil2 dan lubangkan di tengah. Masukkan kelapa yang dimasak tadi dan tutup semula tepung tersebut dan bulatkan... ketepikan

- dalam periuk masukkan tepung beras dan santan.
-masukkan sedikit garam dan gaul sehingga bancuhan menjadi sebati.. Agak2 la ye jangan keras jangan lembik. Kalau keras tambah santan kalau lembik letak tepung sikit lg

- letakkan bancuhan tepung atas daun pisang. leperkan.
-kemudian letakkan dua biji tepung pulut kelapa tadi
- lipatkan daun beserta bancuhan tai dan gulung. lipat mcm buat lepat biasa la ye..

-dah selesai semua kukus la hingga masak sepenuhnya...




Cheese Sosej Roll


Assalamualaikum....

Menu yang aida nak share pada entry kali ni kiranya menu fav anak2 la.. Dorang kalau aida buat sosej roll ni boleh habis sebuku roti tu dekat dorang.. Tapi memang best pon.. Aida pon suka jangan kata dorang hehehehe


Entri dulu aida ada share sosej roll... Ada juga step by step kalau ada yang nak tengok... Korang yang nak tengok mai klik sini k. Kali ni aida tambah cheese untuk menambah kesedapan hehehehe... Makan pula time panas cheese tu melt bila tarik perghhh menangkap juga la.. Haish posa posa




CHEESE SOSEJ ROLL
Bahan
roti putih
cheese slice
sosej
serbuk roti
telur
bancuhan tepung
minyak




Cara-cara
- gunakan penggelek, tekan roti hingga nipis
-kemudian letakkan cheese beserta sosej
- gulung roti tersebut kemudian di hujung roti tersebut letakkan bancuhan tepung sebagai gam
-teruskan menggulung hingga hujung dan biarkan
- pada tahap ni nak buat frozen pon boleh.. Just simpan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti beku.
- kemudian dalam bekas lain pukul telur dan juga sediakan bekas serbuk roti
celupkan roti tadi dalam telur kemudian ke dalam serbuk roti.. Pastikan kena semua bahagian
-goreng dalam api sederhana supaya tak hangus.
-dah kekuning-kuningan bolehlah diangkat.




Untuk cheese terpulang la korang nak gunakan cheddar atau pun mozarella. Kalau mozarella cheese tu akan jadi bertali la masa panas2. Macam pizza tu hehehe... So memang best juga la even cheese dia pon sedap. Nak campur dua-dua pon boleh.. Terpulang korang la nak mcm mana ye




Ha sedap sangat la cheese sosej roll.... selamat mencuba k

Bendi Goreng Cili


Assalamualaikum....

Korang kalau sayur suka makan macam mana.. Jenis kering ke berkuah ke.. Banyak versi juga kan masakan sayur ni. Tapi kalau aida even sayur goreng aida xsuka goreng sayur tu sampai layu. Aida suka biar crunchy sayur tu ada lagi.

Tapi ada certain suka layu sebab kalau tak layu dia rasa macam makan mentah. hehehehe... Biasala tu kan. So kalau hampa mai rumah cheq sayoq cheq jenis crunchy ye.. Tapi dun worry sebab memang masak bukan mentah pon ye...


Aida kalau beli bendi banyak lebihan letak dalam kari ikan tu kadang rebus je buat ulam. Kadang-kadang aida buat cam ni la.. Goreng bercili... Kena dengan lauk dia sedap woh... hehehehe



BENDI GORENG CILI
Bahan2
bendi - dipotong serong
cili kering - kisar
bawang merah - hiris
udang
asam keping
garam
gula

Cara-Cara
- tumiskan bawang merah hingga wangi dan masukkan cili kisar dan asam keping
-bila cili dan kering udang, gaul rata. 
-Kemudian masukkan bendi garam dan gula
- Bila dah sebati semua dan bendi pon dah layu sikit boleh matikan api dan sedia dihidang...


Ha kelainan sikit untuk menu sayur kan.. selamat mencuba