Wednesday 28 October 2015

Nasi Daging dengan Air Asam... Utara pnya stail..


ASSALAMUALAIKUM.....

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di atas muka bumi ni... Banyak kejadian akhir2 ni yang jadi.. Takut pun ye juga... Maklumlah amal ibadat pon xbetul lagi kan. 

Ok, baru-baru ni aida ada buat nasi daging kat rumah. Nasi daging ni kiranya dalam sebulan mesti kena buat juga la ceritanya.. Sebab kan sedap.. hehehehe

Ada certain tempat or orang dorang akan buat beberapa jenis lauk untuk dimakan dengan nasi daging ni. Maybe tak boleh kot rasa tak complete makan cam ni ja.. Tapi aida dah terbiasa dari kecik n resepi asal katanya memang macam ni.. Hanya nasi, daging dengan air asam... Tapi cukup kot aida rasa dan mantopp dah macam ni....



Kalau letak lauk macam-macam dah hilang pula rasa asli nasi daging tu sendiri. Sebab tu pon aida prefer buat macam ni je.. Ni kalau buat ni memang kena buat banyak. Sebabnya anak2 n hubby memang akan makan banyak menambah nambah.. Ha part ni yang i suka.. Rasa berbaloi bercerau peluh kat dapur tu kalau dorang makan bertambah.. Nikmat tak terkata.


Ni nasi daging versi aida la ye.. Kadang ada orang lain buat cara dia.. Biasala dalam memasak ni xde yang salah tak ada yang betul.. Semua nya terpulang pada citarasa masing-masing


Untuk air asam ni aida tak letak kerisik. Kalau nak letak pon boleh tak de masalah.. Ada certain orang dia suka letak sos.. Tapi tekak aida suka yang asal macam ni.. Ori.. Lebih sedap.. Lebih nikmat hehehhe.. So kalau korang ada resepi air asam sendiri boleh je nak guna resepi korang . Tak de paksaan ye...


Nasi Daging Utara Dengan Air Asam

AIR ASAM
2 biji tomato
1 labu bawang besar
2 batang cili hidup
4 batang cili padi
2 inci belacan
air asam secukupnya
garam
gula
kerisik (yang ni optional. ada boleh xde pon boleh)

Cara-cara
-blend cili, belacan, air asam jawa hingga lumat. Kadang aida just gaul biasa ja sebab anak2 tak tahan pedas so tak nak kuah tu pedas sangat
-kemudian campur semua bahan dan gaul rata.
-perasakan 


NASI
1 kg daging - 1/2 aida rebus lg 1/2 aida masukkan dalam nasi.. Yang rebus tu air rebusan jangan buang ye
6 cawan beras
8 cawan air rebusan daging
1 cawan susu cair
3 sudu besar minyak sapi
1 tin tomato soup
4 sudu besar rempah kurma
3 helai daun pandan

Bahan Tumis
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
5 biji bunga cengkih
3 biji pelaga
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-cara
-Panaskan minyak sapi, masukkan bahan tumis dan tumis hingga wangi dan layu
-Masukkan rempah kurma yang dibancuh dengan sedikit air. Tumis hingga rempah garing
-Masukkan tomato soup, susu, air rebusan daging, beras dan daging yang belum direbus
-perasakan dengan sedikit gula dan garam
-tanak sehingga nasi masak. Aida part ni aida tuang masuk rice cooker masak dlm tu je hehehehe...









SELAMAT MENCUBA

Wednesday 21 October 2015

Donut Gebu... Paling senang tanpa uli


Assalamualaikum....

Hari ni jerebu kat penang dah makin teruk... Hari ni dah cecah Ipu Tidak Sihat... 243 dah huhuhu... Makin teruk dah. Aida pon rasa semacam dah ni dok batuk selsema siap hilang suara dah ni... huhuhu.. Anak yang kecik pon dah demam batuk n selsema... Sabar je lah...



Tapi tak pe xsihat pon aida akan update resepi terkini terbaru yang aida buat untuk uolls try. Nak habaq mai resepi ni memang senang giler kot.. Memang aida suka... Sebab tak yah lenguh tangan uli bagai.. Just campur, biarkan kejap then canai goreng.. Perghhh memang senang uolls.. rugi tak try


DONUT GEBU TANPA ULI
Bahan
1 paket yis kering
2 sudu susu pekat
1 cawan air suam 
2 sudu gula

- campurkan bahan ni dan biarkan kembang

4 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam

-ramaskan bahan2 ni hingga jai macam serbuk roti.
-Kemudian campurkan yis tadi dah gaul rata.
-Biarkan selama 1 jam. Pastikan bekas ditutup ye
-Adunan memang lembik tau tapi uolls jangan risau ye.. Jangan memandai tambah tepung tau hahahahaha
-Lepas satu jam tumbuk2 doh tadi tuk keluarkan angin. kemudian ambil sikit untuk dicanai dan terap.. Masa ni ambil la skit tepung untuk terap acuan
-Biarkan selama 30 minit.. Lepas tu boleh goreng.

Senang yo... Bawah ni ada gambar step by step untuk rujukan


















Dah habis canai masa ni kita rehatkan 30min tunggu kembang k


Tudia kembang dah











Dah habis tos minyak dah boleh golek2 kat gula hehehehe






Ha nampak tak tekstur dia.. perghhh... lembuat giler.... Nanti nak buat macam big apple la letak choc hehehehe,,,,


Selamat mencuba

Tuesday 20 October 2015

Daging Black Pepper

Assalamualaikum...

Hari ni nak share resepi yang simple.. time malas masak ke, atau tak tau nak buat apa dah ke boleh je cuba resepi ni.. Memang simple la tapi still lagi maintain kesedapan hahahaha.. Nak masuk tekak haruslah yang sedap ja kan



Yang ni memang siple dish.. Aida kalau dah tak tahu nak masak apa, memang layan je black pepper ni... Pedas2 skit jadi la kan hehehehe


DAGING BLACK PEPPER
Bahan
Daging
Bawang besar - potong dadu
Bawang putih - ketuk
capsicum - potong dadu
Lada hitam
Sedikit air
Bancuhan tepung jagung
sos tiram
kicap manis

Cara-cara
- Panaskan minyak, masukkan bawang dan capsicum
-Kemudian masukkan daging. Masak hingga daging sedikit mengecut
- Masukkan sos tiram dan kicap manis. Letak sedikit air
-Masukkan lada itam kemudian sedikit bancuhan tepung jagung
- Dah dapat kepekatan yang korang nak boleh tutup api dan hidangkan.



ok dah siap.. simple kan.. Selamat mencuba ya uolls