Sunday 17 January 2016

Churros

Assalamualaikum....

Ni Hao Ma... Hehehehe... Sekarang ni lambat sikit nak update blog. Tapi resepi dalam fb memang up to date la..



dulu selalu kongsi kat wall ja tapi sekrang dah buat album. Bis ramai pula yang dok inbox minta link la minta tag la post lama tu. dah lama nak cari mana dah.. Kalau dorang yang nak pon tak nak usaha kita pula gagah nak mencari sorang2. Padahal dia minta kat saya pon sama juga saya kena cari.


so hari ni nak update resepi churros... Ni kata omputih. Kata orang melayu kita Kuih Belimbing. Letak nama omputih jadi glamor la konon hahahahahaha...

CHURROS

1 cawan air
1 sudu besar minyak masak
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar gula kastor
1 sudu teh garam
1 biji telur

bahan Salut
gula kastor
serbuk kulit kayu manis

Bahan Choc
100gm dark choc
1/2 cawan susu

Cara-cara
- ayak tepung, gula dan garam
- didihkan air bersama minyak
-kemudian masukkan tepung dan kacau sebati. Tutup api
- Masukkan telur dan kacau hingga licin
- masukkan dalam piping bag. Kalau boleh guna dua keping sebab takut koyak
-Panaskan minyak dalam kuali, paipkan churros dalam periuk dan masak hingga kekuning-kuningan.
- dah masak angkat dan toskan minyak.
- salutkan dengan gula dan serbuk kulit kayu manis

Untuk choc
- Gunakan kaedah double boiler, masakkan kedua2 bahan hingga cair. kemudian boleh celup atau masukkan dalam bekas dan hidangkan bersama.

Bawah ni ada pic tutorial untuk pandauan uolls k.





















selamat mencuba ye kawan2.


No comments:

Post a Comment