Sunday 20 March 2016

Bento #10 - - - Safari Spaghetti Bolognese

Assalamualaikum....

Bento western plak hari ni.. Well mommies semua ok ke hari ini... Bento apa untuk anak2 uolls hari ni... Hari ni pon menu yang agak simple.. Bukan apa untuk bento better sediakan yang simple buat berkhasiat dan mengenyangkan.


so hari ni buat western sikit fav anak-anak... Spaghetti bolognese.. Sambil siapkan anak, siapkan diri sambil boleh rebus.. Cepat je siap semua benda ni hehehehe... Nak buat kan siput tu je la kot lambat skit....


Sosej pon aida rebus je semua tapi sebelum tu potong n kerat la bentuk apa yang korang nak.. aida tak guna acuan pon just guna pisau ja bentukkan semua tu.. Untuk siput tu cantumkan guna spaghetti yang belum direbus so kalau anak termakan pon selamat.. jangan guna lidi k bahaya tuk anak..


mommies semua nak letak apa2 pon dalam bento anak make sure semuanya selamat tuk dimakan. Yang hiasan2 macam picks dengan rumput baran tu rasanya budak dah cerdik kan blh tahu benda tu tak leh makan. Cuma kes macam nak lekatkan makanan la elakkan benda2 yang bahaya. 


Sos bolognese aida guna sos prego yang dlm tin tu je.. sos original.. Just panaskan minyak tumis bawang besar yang didadukan, kemudian masukkan sosej, dan sos... Tumis kejap masukkan garam dan gula sikit dan sedikit air kalau tak nak pekat sangat.


Mommies yang nak try bentuk2 kan sosej nanti leh la try ye... Good Luck mommies...

No comments:

Post a Comment