Sunday 19 June 2016

Sambal Telur Pecah


ASSALAMUALAIKUM...

Sedar tak sedar dah 15 hari kita berpuasa untuk tahun 2016 ni.. Resepi banyak yang terpending tak update kat blog... Ampunnnnn hahahaha. Puasa ni tak leh marah2 kan.. Tak pe la Aida update slow2 noh... Tapi kat fb lebih up to date la.. sebab terus upload ja.. Blog ni sebab tak leh buat kot fon ja tu yang jd malas nak buka laptop tu hehehehe


ok stop membebel jom kita tengok resepi yang super duper simple ni... 

Sambal Telur Pecah
by Che eda
daridapuraida.blogspot.com

2 biji telur
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci belacan - kisar
segenggam cili kering - kisar
1 labu bawang besar - kisar
sedikit air asam jawa
garam
gula

-Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih hingga wangi.
- Masukkan cili kisar bersama belacan dan bawang besar tumis hingga pecah minyak.
-Masukan air asam jawa dan gaul rata
- Pecahkan telur secara berasingan.. Bagi jarak skit ye. Biarkan dulu telur tu tak yah kacau.
Perasakan dengan garam dan gula

Dah siap

Bawang ni ada gambar step by step as usual.






Selamat menjamu selera.

17 comments: