Thursday 8 June 2017

Cendawan Goreng Tepung


Assalamualaikum...

Salam siaran smua hehehe... Dah macam DJ radio plak kalau cakap cam tu kan hehehe... Uolls, nak tahu tak.. Fon i rosak tau huhuhu.. I stress sebab xleh nak snap gambaq, xleh nak share resepi kat korang tuk bulan puasa kali ni. Hakak stress sangat. huhuhu

Hopefully dapat la beli handset baru before raya nih. Kalau tak hakak lagi stress huhuhu... Penting tu nak tangkap gambar kan. Gambar penting dalam hidup i sebab i suk atangkap gambar.. sebulan pon blh penuh memory fon hehehe.. Tapi selfie jarang la suka snap anak n gambar makanan.

Uolls doakan hakak ada bajet na nak beli fon baru.. Kalau x xde la resepi bersiaran nanti.. Gambar lawa tu penting xleh la nak grab haset cokia ja nanti gambar makanan xlawa xfeel hehehe



Ok stop cerita pasal handset i kita cerita resepi plak na. Resepi ni sangat simple tapi menjadi fav family.. Kadang xsempat makan nasi dok ratah ni saja sambil goreng.. Tambah panas2 perghh lagi la heaven kan.. krup krap krup krap hahahaha.. Jom skodeng

CENDAWAN GORENG TEPUNG
by Che Eda
daridapuraida.blogspot.com

1 paket cendawan tiram
1/2 paket tepung beras
1/4 sudu teh kapur makan
1/2 sudu teh garam
1 biji telur
air secukupnya

-Campurkan tepung, kapur, garam dan telur.. Gaul skit.
-Kemudian masukkan air secukupnya.. Batter jangan terlampau cair ye.. Agak2 pekat sikit sebab barula cantik cendawan ita tersalut nanti
- Celupkan cendawan dalam batter sampai semuanya tersalut then goreng dalam minyak penuh )deep fry). Dah kekuning-kuningan tu blh angkat dan ngap hahaha



Aida suka cicah cendawan tepung ni dengan sos thai.. Dah feel macam kat kedai tomyam siam kan.. Memang sedap baq hang.. Batter ni juga blh digunakan kalau nak goreng udang, ikan, sotong dan juga pisang, cempedak hehehe.. guna batter yang sama.

Ok uolls i chow dulu na... nanti kita up resepi lain plak.. Bagi i dpat dana tuk beli fon dlu na hahahaha... ok Gais... bye


Ayam Sambal Bali

Assalamualaikum...

Apa khabar.. Aida baru perasan resepi ni i xpost hahahaha... dok ada dlm draft lagi... Tapi xde pl pic yang lainnya.. Xpela nanti kalau ada aida just masukkan je dalam ni.. Dah bersarang dah resepi ni hahahaha... Cam na leh terlepas pandang adessss....

Ok cerita pasal sambal bali ni actually resepi ni start dari rakan fb i bernama Aisha Syukor. Signature dish family dia katanya.. And since i nampak dia post n sangat meliurkan i hahahaha so i pon try.... Kalau tgok pada bahan sama macam i buat daging masak hitam atau ayam masak hitam tu cuma bezanya dia letak serai yang bnyak so bangkit la bau masakan ni kan.


K jom kita try tengok

AYAM SAMBAL BALI
by Che Eda
daridapuraida.blogspot.com

Bahan
1 ekor ayam - garam dan kunyit kemudian goreng. Jangan garing k
 segenggam cili kering - rebus dan kisar
 6 biji bawang besar - kisar
 1 labu bawang putih - kisar
 1 inci halia - kisar
 1 inci belacan - kisar
8 batang serai  - titik
6 tangkai daun kari
kicap secukupnya
3 sudu besar gula
2 sudu kecil garam

- guna minyak lebihan goreng ayam tadi, masukkan serai dan tumis sehingga serai bertukar warna coklat.
-Kemudian masukkan daun kari tumis hingga garing
-Masukkan bahan kisar dan tumis hingga wangi dan pecah minyak
-Kemudian masukkan gula, garam dan kicap. Kicap masukkan sikit2 k hingga dapat warna yang cantik. Jangan banyak sangat nanti hitam terlajak.
-Kemudian masukkan ayam tadi. Gaul rata. Biar seketika kemudian blh tutup api

Sebenarnya ayam sambal bali ni kalau dibiarkan lebih lama lebih sedap. Sebabnya rasa2 bahan semua tu dah menyerap dlm isi2 ayam so lebih sedap dimakan. Lepas masak pon kalau blh biarkan seketika baru hidang dan makan baru kita rasa nikmat dia hehehe..

Selamat Mencuba


Wednesday 7 June 2017

Bakso


Assalamualaikum...

Korang berbuka apa hari ni... Nak tak berbuka dengan bakso hehehe... Bakso ni aida suka dulu makan di sabah.. dia pnya sambal cili perghhh melekat hahahaha.. Memang terbaekk lah... 


Kali ni kan aida tak gunakan bihun tapi aida gunakan koey teow kecil tu... Saja nak buat kelainan dlm rasa kan.. Lagi pun anak i lebih sukakan koey teow dari bihun so ikut ajelah tekak dorang asalakn makan bnyk kan hahaha


Tapi kali ni aida just gunakan cili kicap je... Aida xbuat sambal lada mcm d sabah tu.. Actually tu sambal lada api je dengan cuka... Letak cili padi bebanyak biar bibir kembang bila makan hahahaha... ok jom kita tgok resepi bakso na.. sapa yang nak try silakan..


Bebola Daging
by Che Eda
daridapuraida.blogspot.com

400gm daging cincang
2 biji bawang merah - cincang
2 ulas bawang putih - cincang
1/2 biji telur - kocok
2 sudu teh tepung jagung atau tepung ubi
1 sudu teh lada sulah
garam secukup rasa

-Satukan semua bahan dan gaul rata. Kemudian bulat2kan dan ketepikan.


Ok dah siap cara-cara tuk hasilkan bebola daging sendiri. Kalau korang rajin buatlah ye tapi kalau rasa2 penyakit M menyerang blh la korang p beli yang ready made hahaha...


Kuah Bakso
by Che Eda 
daridapuraida.blogspot.com

1/2 kg tulang _ untuk menambah rasa. Tak nak pon xpe
500 gm daging
2 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - cincang
1/2 inci halia
2 sudu teh lada sulah
1 batang serai - ketuk
1 kiub pati daging
garam
1 bungkus sup bunjut tulang

- Rebuskan tulang hingga daging yang ada tu empuk. Kemudian masukkan daging
- Dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumis bawang, halia dan serai hingga naik bau. Kemudian tuangkan dalam air rebusan tadi.
-Masukkan sup bunjut, kiub daging dan perasakan dengan garam secukup rasa.
- Bila kuah dah mendidih masukkan bebola daging tadi. Bila bebola ni timbul bermakna dia dah masak.. so sup kita pon dah ready.


Sambal Kicap
by Che eda
daridapuraida.blogspot.com

segenggam cili padi
3 ulas bawang putih
sedikit cuka
kicap 

- blend semuanya. siap






Selamat mencuba uolls....

Thursday 1 June 2017

Koey Teow Sup Kemboja

Assalamualaikum...

Apa khabar sahabat2 alam maya ku.. Semoga semuanya berada dalam keadaan yang baik2 sahaja. Menu apa korang berbuka kali ni.. Meh try resepi ni kalau yang tak nak makan nasi.


actually aida dari kecik dah biasa makan koey teow sup kemboja ni.. Memang sedap gila.. Bayangkan dri kecik smpai sekarang perniagaan dorang ni masih lagi bertahan. sekarang ni anak dia ambil alih.. Walau ada perbezaan rasa n bahan skit tapi masih lagi sedap.. Cuma sekarang ni harga dia agak mahal la. huhuhu...


So memandangkan minat sangat dengan koey teow kemboja dia tu.. Aida pon cuba la mana tau sedap kan so blh la buat slalu. And result alhamdulillah sedap.. Tapi tak la sama 100% dengan kedai tu buat tapi tetap ada rasa dia.. i loikkkeee



Ok bagi yang nak try korang blh cuba follow resepi ni ye... Jom kita skodeng resepi koey teow sup kemboja nih


KOEY TEOW SUP KEMBOJA
by Che eda
daridapuraida.blogspot.com

500 gm tulang
500 gm daging
kalau korang nak letak urat, perut, paru seua pon blh lagi sedap
2 labu bawang besar- belah 4
3 cm halia - hiris
akar daun bawang - bersihkan, ambik dr bhgian yang purple2 tu smpai bawah akar
1 sudu kecil lada sulah
garam secukup rasa
2 sudu besar rempah sup atau 1 kiub sup
1 sup bunjut


Bahan Tumis
2 labu bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
sedikit minyak tuk menumis

- Masukkan daging dan tulang dalam periuk bersama air secukupnya.Masukkan juga bawang besar, halia dan akar daun bawang. Rebus hingga empuk.
-Bila dah empuk asingkan semua bahan. Daging boleh la dihiris nipis. Tulang nak biar dlm sup pon blh xde hal.
-Panaskan kuali lain, masukkan sedikit minyak. Tumis bawang merah, bawang putih hingga garing dan masukkan dalam periuk sup tadi.
-Masukkan rempah sup atau kiub sup dan juga sup bunjut. Biarkan mendidih. Then masukkan lada sulah dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Bahan Lain Yang Dimakan Bersama
Koey teow halus - Rendam kemudian celur
Taugeh - celur
Bawang goreng
Kacang tanah - sangai dan tumbuk kasar
Cili jeruk
Chili Flakes
Daun Bawang
Daun salad

Dah siap.. 















Selamat mencuba ye

Asam Pedas Ayam

Assalamualaikum....

Ha ada tak yang mencari resepi asam pedas ayam... Selalu orang buat ikan je kan tapi ayam pon sodap.. daging pon sodap.. ada masa nanti i share yang lain plak na.. 

Tapi kan ayam ka ikan ka daging ka konsep dia tetap sama hehehe.. Basic masak dia sama.. so dun worry kalau nak tuko benda lain ye gaisss...


Actually belah selatan la panggil ni asam pedas kan.. Kalau belah utara kami panggil asam tumis.. Sebab yang ni jenis pekat n kena tumis. Kalau asam pedas yang sebelah utara dia jenis cair. Kena rebus naik je tak perlu tumis. Tapi normally asam pedas utara ni buat tuk ikan je xpernah la try ayam n daging.. hehehe.. sebab kan dia cair.. mcm singgang tu cair dia hehehe


so kali ni tuk ayam kita buat asam pedas pekat ni la atau lebih dikenali dengan nama asam tumis bagi sebelah utara. Ayam memang tak perlu goreng sebenarnya tapi ada certain orang kan xleh makan ayam yang tak goreng so tpulang la tekak korang ye...



Memang menarik da boom tau resepi ni.. Nak nak time puasa ni lagi la alahai... dengan pedas dia, masam dia, naik la selera bila makan. Korang jangan lupa try tau.. kompom xnyesal hahaha


Jom kita cekidout resepi asam pedas ayam atau dengan kata nama lain asam tumis ayam.

ASAM PEDAS AYAM
by Che Eda
daridapuraida.blogspot.com

Bahan
1/2 ekor ayam
segenggam cili kering - kisar
2 labu bawang besar - kisar
1 inci belacan - kisar
3 ulas bawang merah - tumbuk / kisar
3 ulas bawang putih - tumbuk / kisar
1 batang serai - titik
1 bunga kantan - belah dua
1/2 ikat daun kesum
1 sudu kecil lada hitam
1 inci halia - tumbuk / kisar
asam jawa - aida pakai paste

-panaskan minyak secukupnya, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga naik bau.
-Kemudian masukkan cili kering, belacan dan bawang besar yang dikisar... Aida kisar semua sekali tu. Tumis hingga pecah minyak.
-pastu kita masukkan bunga kantan dan serai yang dititik.. Kacau sebentar then masukkan ayam gaul rata...
- bila dah nampak isi ayam dah putih2 sikit, masukkan sedikit air memandangkan i pakai paste asam jawa, dan juga daun kesum.Masukkan lada hitam. Biarkan kuah memekat ye.
- Perasakan dengan garam dan gula. Bila semua dah pekat elok bolehla tutp api dan sedia dihidangkan.


















Selamat Mencuba